Thursday, September 7, 2017

PENGALAMAN MISTERI

Hai.

Lama betul aku tak menulis kat blog ni. Harini aku terpanggil untuk memceritakan pengalaman misteri sepanjang aku hidup. Disebabkan aku tiba tiba tak sedap hati nak kerja harini. Jadi kita tak bekerjalah.

Aku bercerita bukan nak aibkan sesiapa. Tujuan aku untuk mengabadikan pengalaman aku kat sini supaya anak cucu cicit aku boleh baca hahaha. Tak delah. Aku akan bermula dari mana ia bermula.

1) ASRAMA

Sejak aku duduk asrama dari Tingkatan 1 sampailah Tingkatan 5, aku selalu berdoa untuk dapat pengalaman nampak benda yang manusia tak boleh lihat dengan mata kasar. Ya, aku teringin sampai lah setiap kali lepas maghrib aku akan berdoa. Sekali nampak pun tak pe. Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia perkenankan doa aku. Semua ni start bila aku buka pintu bilik kebajikan aras bawah dan aku nampak bayangan yang sedang berjalan perlahan di hadapan mata aku. Meh aku bagi korang bayangkan. Benda yang lalu dihadapan aku berwarna putih, transparent, tinggi daripada aku, dan berjalan ke kanan aku smpai je belakang kawan aku dia terus hilang. Nama kawan aku tu Puteri. Dia panggil je nama aku dan benda yang lintas belakang dia terus hilang macam tu.  Aku jadi kaku weh. Terkejut. Cuak. Semua ada. Bila aku fikir balik tak mungkin imaginasi aku. Masalahnya benda tu boleh lalu dalam ramai ramai orang dan aku nampak dia betul2 bergerak macam manusia berjalan. Sampai sekarang ia misteri pada aku. Dan start dari situlah, aku lalui banyaaaaak pengalaman sampai aku rasa aku BENCI waktu malam. BENCI SANGAT.

2) DIHEMPAP BENDA

Start dari situ setiap malam aku akan tak tenang, susah tidur.  Waktu aku Form 5 , aku tidur katil bawah, menghadapa tingkap yang tak berlangsir dan masa tu kitorang susun katil dua dua rapat. Jadi teman tidur aku waktu tu Aimi. Aimi ni faham aku macam mana. Satu malam tu aku kena hempap. Tahu hempap tu macam mana ? Meh aku bagi korang bayangkan. Hempap tu, korang terkena hempap dengan sesuatu yang berat sangat sampai kau tak boleh gerak seinci pun padahal kau rasa dah gerak tapi tak sebenarnya. Suara kau akan tersekat. Tak de siapa boleh dengar kecuali Allah. Aku panggil kawan aku , Aimi banyak kali tapi aku sedih sangat dia tak dengar. Dan aku baca ayat kursi tersekat-sekat dengan surah yang aku  ingat. Alhamdulillah lepas tu  badan aku boleh gerak. Aku rasa takut sangat. Benda tu jadi hampir setiap malam. SETIAP MALAM WEH. Dan setiap malam jugaklah aku suruh Aimi letak kaki kiri dia atas kaki kanan aku supaya aku tahu ada kawan aku kat sebelah. Aku jadi trauma dan aku cuba tutup kanan aku depan belakang dngan kain batik, tuala jadi macam kelambu. Waktu tu Aimi tidur sebelah kiri aku. Yang tu aku tak tutup la hahaha. Aku pagar katil aku setiap malam. Tapi aku tak tahu celah mana lagi aku kena pagar tapi masih kena juga. Dan sebab tulah aku tak suka malam. Kes aku ni okay lagi la sebab tak nampak muka benda tu macam mana. Kawan aku pun kekadang kena hempap. Dia nampak weh muka benda tu macam mana. Kalau jadi kat aku? 

3) BUKAN MAINAN

Semua yang aku nampak atas toilet, dihempap benda berat, dapat rasa banyak benda lalu sebelah tepi belakang walaupun waktu tu kau seorang je kat dataran, mimpi buruk, semuanya bukan mainan. Bila dah lama kena baru aku terpikir, betul ke semua ni kena pada aku. Aku dah gila ke ? Ke halusinasi aku je ? Banyak persoalan yang menerjah. Bila aku  dapat tahu roomate aku pun boleh nampak juga ternyata semuanya bukan halusinasi mahupun imaginasi aku. Fuhh selamat pun ada juga atleast aku tak gila. HAHAHA. Dia ni junior aku. Bawah setahun dari aku. Nama samaran Fiza. Satu malam ni Fiza lambat tidur study la kot waktu tu tapi dia ni memang budak cemerlang, pintar. Lepastu dia perasan aku kena hempap. Waktu tu kenapa ntah aku tak pasang 'kelambu'. Dia yang 'selamatkan' aku dari hempap. Sebab dia nampak benda tu sebelah kiri aku tengah pandang aku. Mungkin benda tu hempap guna pandangan mata la kot. Kebetulan pulak aku memang pandang tempat benda tu ada. Tapi yang peliknya aku tak nampak dia tapi masa aku kena hempap tu mata aku terarah kat situ macam ada something. Rupanya memang ada sesuatu kat situ. Fiza ni nampak terus kejutkan aku. Lepastu dia cakap "akak okay ke ? Tadi saya nampak ada benda kat situ. Tapi bila saya datang kat akak benda tu lari." Fiza tunjuk bebetul kat tempat yang aku pandang. Rupanya, memang benda benda kat asrama tu suka kacau hidup aku selama aku nak menjalani SPM aku. Aku bernasib baik ada Fiza sebab kalau Aimi tak ada aku akan tumpang katil dia nak tidur sebelah dia. Terharu ada adik junior macam tu :')

Sebenarnya banyak lagi nak story. Tapi aku sambung nanti ye. Terima kasih sebab baca. Terpulang anda untik menilai. Sama ada nak percaya ataupun tidak. Kewujudan mereka pun ada dinyatakan dalam Al-Quran. Percaya tau pun tak je. Takut ataupun tak je.

Terima kasih dari Nabila ❤

No comments: