assalamualaikum dan salam sejahtera :D


ekceli, aku punya story ni dah taip bergaban lamanya.lepas balik vacation hari tu terus menaip kat microsoft word supaya tak lupa each moment. tapi bila dah lama macam tak best pulak kan kan kan. takpe baca jelah. kan bagus membaca.



kali ni aku nak cite short vacation ngan dak kelas aku. sebab separuh dari kami dah habis sem ni. sedih laa. sebab kita sama sama masuk belajar tetiba diorang kawen dulu. tetiba konvo dah ada dua tiga anak.
sebenarnya benda ni di-plan dengan penuh keliru, ke-stressan. tapi alhamdulillah dengan bantuan, komitmen, kitorang sama sama dapat selesaikan together. :') ini untuk pertama kalilah buat cuti cuti malaysia ngan dak kelas. daebak ah. dah 4 tahun belajar baru sekarang nak buat vacation sama sama.
lepas ni gi langkawi jooooom.


19092014 JUMAAT


okay pepagi jumaat diselami perasaan dengan cukup teruja sebab tak sabaw nak pi Port Dickson dengan budak kelas.

so, aku semangat nak buat apa apa dengan penuh rasa keterujaan. termasuk mencuri pinggan cawan sudu kat bgm. semangat kau pakai black jubah ngan black kerudung. memang syarat pencuri pakai semua hitam. tapi please, hati jangan hitam sangat please.

bila lepas solat menjengah, assignment research tak siap ghupenya.bertambah geram hati kita ni bila kena buat balik SPSS. dah la dah janji nak pi PD lepas Zuhr. tak boleh nak buat apa la. menangis jugak la bab tu. sebab stress pompuan ni lain kalo nak tahu.

kalo rasa nak campak brag depan mata pon bisa tahu enggak. tapi aku ni bkan pesen campak barang. just campak org dalam sungai je. itu je. Itu je pon. U know what timbul rasa penyesalan yangs  sangat menggunung bila terima group yg akhir akhir baru nak masuk group kita. Okay yang itu Alhamdulillah sangat sebab dah settle dengan bantuan  dua bidadari. Thank you ain ija. Love you! Kalo tak, tak siap kerja sampai 2 3 hari. Haru biru jadinya time tu.


Okay masa untuk bertolak ! //////
Bertolak dalam pukul 7.

Satu part yang aku rasa best bila nak odw ke Port Dickson sebab aku suka suasana satu kete besar muat muat dalam tu. Borak borak dalam tu. Nyanyi walau tahu suara sumbang. Ketawa ketawa dalam tu. Pastu usya mat rempit ngan awek dari traffic light smpai dia orang dah tak ada dari pandangan mata. HAHA

And then, para wanita pon mula la nak check-in tempat. MERLIN HOTEL kau. Legend gituuw . sangkut gak kat sini. Dengan bantuan seseorang tu so plan jadi smooth. So thanks bdw insan yang berhati mulia mencurahkan bakti pada kawan kawanmu ini :’D.  Muat muatlah bilik Family Deluxe yang berharga 170 dengan 7 orang sebab katil besar gedabak.

Aktiviti seterusnya barbeque aka BBQ.
Moment sangat bbq dalam keadaan hujan yang tiba dan pergi. Tiba dan pergi. HEHE. Basah kuyup tak yah nak habaq lah. Tapi tak piker apa dah. Redah je sampai ayam masak. Lastly, payung payung yang ada hanya tutup ayam. Kepala manusia tak tutup.  Lapar punya pasal. Alhamdulillah semuanya settle dengan penuh rasa kenyang. :D Balik hotel tido ah. Sejuk plus ngantuk tahap tak tahu nak kata apa dah.  Tapi boleh lagi tengok cite The Call kat astro. Sampailah tak tahu ending dia apa sebab signal tak ada sebab hujan. Annoying .






200914 SABTU


Disebabkan aku seorang yang susah nak tido di tempat yang baru . Banyak kali jugak la aku terjaga sebab sejuk plus sejuk plus sejuk. Aku pon try la tido atas lantai tapi lagi sejuk plus plus plus. Hahaha. Itulah rahsia aku bangun awal time tu. Orang yg pertama siap weey. Pastu boleh lagi tengok tivi smbil tunggu dorang habis siap. Sangat best feeling cenggitu.Best moment bila sarapan nasi lemak dengan teh o panas menghadap pantai. Peeeeh. Takpernah hati rasa seronok ni. Lagi satu aku suka pantai sebab boleh tangok budak kecik tengah seronok beronok memain dengan bola. Sangat comel okayh. Haa lupa nak bagi tahu. Time ni kitorang smpai kat teluk kemang. Ramai gila people. Almaklumlah tengah cuti sekolah penggal 3. Dengan hujan renyai renyai

And then kitorang pon gerak la kat tempat yang dah diplan semalam. BLUE LAGOON.
Sampai je tempat ni aku ingat aku tak pernah pi. Rupanya aku pernah pi ngan geng gegeleng kiri aku. Hihi. Mula mula aku tak mahu la mandi sebab aku ni jenis tak suka bawa baju basah balik rumah. Serius complicated. Tapi hasil pujukan mereka mereka ni cayaq la aku. Dengan shawl semua tu aku redah pantai. Bila basah sikit “aku dah basahhhhh T-T” tapi bila dah basah semua. Aku insan paling kuat menjerit redah ombak kitorang semua pegang pelampung. Sangat best mainan tu.idea bernas dari kak syarah. HAHA.Lama jugak la kitorang berendam. Masin nya laut dah tak heran dah. Haha.Tapi lagi lama berendam kat situ geng lelaki.  Pastu dah puas hampa semua berendam. Masanya untuk pulang. Naseb baik kak syarah bwak baju lebih. So boleh la pinjam. Haha.


Odw balik, perot masing masing lapo. So lepas kitorang solat je terus pi makan kedai ASAM PEDAS tepi jalan. Sedap gilaaaaaaa asam pedas ikan pari. T_T. sekian lama tak makan ikan pari baru ini aku lpaskan gian aku makan  ikan pari. Murah pulak tu. Kalo kat bangi harga 7 ringgit ikan pari. Ep mahal nye. 

dan kami beransur pulang dalam keadaan hujan yang lebat. mata ceq dah tertutup dah tapi driver kata jangan tidor. haha.

lepastu aku menulis sampai situ je. pastu tak ingat. haha. thats why la aku menaip kat blog. supayaaaaa aku ni mudah mengingat apa yang terjadi in precious dayy. credit to my friend. CIK SEMAR sebab gambar ni smua dari kamera mamar. hehe. sorry dak laki sebab gambau korang tak banyak. sebab aku mintak kat izzue islam (saja mention sebab nanti org cari izzue islam muncul blog ni) dia kata saiz gambaq besaq. hahaha. 




bergambar dulu sebelum meninggalkan hotel ni. macam macam selpie kaau. 

nilah merlin hotel. kalau sesiapa yang nak booking hotel dekat ngan port dickson. ada no. tepon tu haa.


anyone yang tak cukup payung boleh dpatkan payung free kat sini. macam macam kaler ada. sila sila !

model kereta. ehems



jangan cakap apa apa sebab time ni aku tengah cover shawl aku terbang. k


haaa nilah dia kawan kawan sekelas kiteww. siapa nak ngorat siapa. meh habaq mai. hehe

suka tau ambik time aku tak sedia langsung :(


asam pedas ikan pari paling superb 


aku sengaja letak sebab macam gojes gambar aku yang ni nampak bulu mata ceq panjang sat. hahahaha. KKKKK

shawl merah tulah photographernyeww. thank you mamar ! :*



K sampai dsisni saja. kepada yiyin mamar kak shaira syipa, jangan lupa kami. jangan lupa perjuangan kita semua bersama. jangan lupa belanja kami. hahaha. jangan lupa jempu kami datang majlis. dan jangan lupa datang kuis. selamat menempuh dunia luar. kuat. tabah. sabar. takpe nanti kitorang pon alami. cuma lambat sikit. hahahahha. mmuaah 

terima kasih jugak kat rakan sekelas yang create beautiful memory between us. yaah. daebak ah korang ! thats why la aku sayang kat korang semua. kaakaa.




assalamualaikum. 



hai member yang sama cuti sem ngan gua. kalau dorang baca la yang ini. 

baru baru ni aku ada ziarah sahabat aku ke perak. aku doakan beliau cepat sembuh dan sihat macam selalu. malah lebih sihat. InsyaAllah. 

kekadang, kita tak boleh nak expect apa yang akan jadi akan datang pada kita. kekadang Allah turunkan macam macam ujian untuk kita dengan pelbagai cara. / melalui sakit, gagal ujian, gagal dalam hubungan, apa apa jelah. dan kekadang tu manusia rasa lemah untuk menerima lantas putus asa. ceeh ayat aku. tapi kalau kita sedar itu ujian dari Allah, kita akan terus kuat untuk jalani hidup. kita jatuh dan kita bangkit smula 

and of course kita perlukan semangat dari kelaurga sahabat kan?  semangat tu alir ke kita and alhamdulillah kita jadi bersemangat balik. 

Alhamdulillah. pada sahabat aku. kami akan terus support awok and selalu sayang awok. InsyaAllah. 

Semga Allah lindungi kita semua. Aminn. 




Mana perginya instinct aku yang lama dulu. Yang bila aku rasa tak sedap hati. Aku akan tanya insan yang aku rapat dahulu. Yang dulunya dialah kawan dalam semua situasi.  Memang yes, ada something berlaku. Dulu rasa semak. Tapi sekarang rindu rasa tu. Tapi bila something yang buat kau jarak dan jauh dari dia. Kau tak dapat nak 'bestfriend' like always. Kau akan rasa ada gap yang tinggi antara kau dan dia. Dulu, boleh berkongsi rasa tapi sekarang tak. Sebab semua benda jadi awkward.

Dan aku sedar, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan juga orang sekeliling aku. Serius, rasa jauhh. Tapi Allah is always with me. 😢
Assalamualaikum. :)


Dah lama rasanya tak update blog. Nak update tapi hotspot tak boleh connect ngan laptop (perlulah bagi tahu masalahnya) 

Okay. Bila kita dah lama hidupni kadang kadang kita tak perasan nikmat yang Allah bagi maha besar untuk kita. Tapi kita tak nampak semua tu. Hanya pikir nak lebih nak lagi nak besar. Kannn. Aku paham sbb aku pon manusia. Tapi bila dah kehilangan baru kita nampak. Macam nila, kita dah ada anggota tubuh badan yang sempurna (alhamdulillah) tapi tiba waktunya Allah akan menguji kita dengan cara hilangkan nikmat yang kita ada. Bila dah tak ada. Bagi orang yang redha, dia akan terima apa je. Sebab dia tahu, nikmat dunia hanya sementara. Anytime Dia boleh ambik. Bila ada yang tak pasrah, dia akan cuba menangisi apa yang telah tiada. Kita sebagai kawan or sahabat teman anything lagi la . Kita kena bagi support. Bagi semangat. Aku harap kalau suatu harinanti berlaku apa apa kat aku. Rmai yg akan bagi semangat ke aku. Ameen .

Aku tetiba cerita psal benda ni sebab my sister ada cerita yang kawan dia sakit dan kaki sebelah terpaksa dipotong. Aku terkejut sangat serius. Sbb dalam usia muda dia terpaksa terima kenyataan. Allahu. Kuatkan hatinya. Moga kawan2 dia truskan mmberi sokongan pada dia. Ameen . 

Aku harap dgan post ni dapat la aku smpaikan mesej yang baik buat korang walaupon aku rasa ia nya tak ckup lagi. Terima kasih. Wassalam :)


Assalamualaikum dan salam Ramadhan :D

Patutnya kena habiskan assignment. disebabkan dengar lagu kuat kuat. tak boleh bagi perhatian yang penuh. k salahkan lagu pulak.

pernah tak kau rasa dulu kau pernah sedih satu perkara sampai 3 hari tanpa jamah makanan yang banyak. tanpa mood yang baik. sampai orang bercakap kenapa pon, aku tetiba nangis bawah bantal. itu dulu. tapi sebabkan rasa sensitip ada balik. perkara sedih gila nak mampus tu tetiba muncul balik. tapi tak ada la smpai nangis bawah bantal. ngadu kat adik masalah. dulu aku kira macam terok jugak la. sampai nak cerita kat adik pun tersekat sekat sebab sedih sangat. dan, sekarang rasa tu timbul balik. tapi buat apa nak layan balik en. dah lama dah. (walaupon tak lama sangat) 

Dan Sekarang, 

biar aku tenangkan hati sendiri dengan hasil taipan tangan sendiri \

*tarik nafas* hembus. 

Okay wahai hamba Allah, buat apa la kau nak sedih perkara macam tu. wake up.!pandang dunia (skema gila). hiraukan semua masalah yang penting kau cheerful evelidey. orang carik pasal ngan kau. orang sakitkan hati kau. biar aja. lantakkan aje. Allah kan ada. amin. 


Okay semangat sikit. boleh sambut buat assignment. agak annoying la jugak. CAW :D


Assalamualaikum.

Salam Ramadan ke-10. tahniah pada diri dan semorang yang berjaya puasa penuh sampai sekarang.

Ye, baru minggu lpas seronok beronok bila duit piti dah masuk, pastu wafa ngan senah lawat lokasi kuis. (sangat best time tu. rasa nak ulang balik sebab wafa ngan senah ada. rasa complete untuk dua hari satu malam tu. tido atas lantai reramai, berbuka sama, sahur sama. aaaa rindunga. rasanya kena asingkan post yang ni. sebab macam panjang gila je )




lepas tu bila sampai minggu ni tak tahu la kenapa. rasa berat je kepala. banyak benda kena pikiq. ye lebih kurang minggu ni I terikut emosi I. berpikiran macam mana nak settlekan program yang satu tu, assignment berlambak. dan serius, time ni rasa macam kurang hajaq sebab tak pikir feeling orang lain. beberapa hari lepas ada budak baru masuk bilik. punya seronok guna loker kosong tu macam peti ais makanan. semua sumbat kat situ. pastu bila budak baru masuk. makanan semua keluar disana disini. I balik rumah dengan segala penat. dan bla bla bla. K stop smpai sini je.

Rasa serba salah ngan budak baru yang tak bersalah tu. aku tak delah kejam sangat sampai nak sound dia. kejam sangaat tu. still boleh bercakap sikit la buat masa sekarang ni. Dan selamat datang pada che nur (nama roommate baru). kita minta maap :D.

 pastu rasa penat melampau lampau sampai over sangat tertido nye dan badlucknya terlepas satu kelas pukul 8 -_______-'

sesungguhnya saya seorang yang gagal mengawal emosi dengan baik. dan cuba untuk berubah selow melow. merangkak duluu. agak agak nampak aku kawal emosi jangan bahan. lagi panas aah. biar je. lantak je aku. hahaha.

okay dah okay dah. nak solat terawih jap. okay babai. selamat berpuasa dan berbuka lpas azan maghrib.
assalamualaikum,

sumpah rindu dengan blog sendiri. bila bukak je tutup. bila bukak je tutup. hm.

K

selalu kalau balik kampung rasa seronok tu tak delah rasa seronok sangat. sekarang bila dah lama lama. setiap minggu rasa naaaak balikkk je. lantakla duit berhabis sebab upah driver bas dengan ktm. tak kesah semua tu. yang penting balik. mungkin bahana sebab cuti sem terlalu lama. dan aku terpaksa tahan homesick aku selama lebih 3 bulan mungkin kat kuis ni. lagi lagi bila ada budak satu kepala gosip time cuti haritu. kemain bergooosip je tiap hari. LOL

dan aku tak sabar nak balik kampung besok. hee :D

lagi satu tak sabar nak sambut puasa. haaa rindu suasana gumbira meriah gilang terbilang tu. hari siang tanpa makan dan minum. ingat kena tahan lapar dahaga je kee. menahan diri daripada bergosip. itu sangat pasti. so, mohon lempang aku kalau aku yang mulakan sebarang gosip. ahha.

aku dah terlajak menaip dah ni. \\

selamat menyambut Ramadhan Mubarak. ingat, jangan lupa sahur. selalu lah baca Quran. kalau boleh lepas maghrib selalu lah baca. sebab aku ada baca satu info ni dia kata. kalau kita baca Quran setelah maghrib, kita dapat kecergasan otak. benda baik kann. insyaAllah, Allah makbulkan.

akhir kata, anyyong :)
Assalamualaikum,

"Setiap yang bertemu pasti akan berpisah, setiap yang hidup pasti akan mati."

Dan setiap apa yang kami lalui, takkan terhenti sampai disini, mungkin kami akan jarang bersua muka, jarang berborak, jarang bergossip, jarang gelak gelak.Dan InsyaAllah, akan still contact each other. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan ramai kawan kawan yang banyak membantu aku, bahagiakan aku, sanggup mendengar masalah aku, sanggup dengar aku membebel, sanggup bagi makanan. hahaha. aku pun tak tahu merepek apa.

kenangan macam tu, siapa tak nak ingat. mesti rasa nak patah balik masa *statement masa kerja*

14/03/2014  
(MASJID PUTRA,PUTRAJAYA & PERANTAU HILL)

hari yang bersejarah bagi aku dan juga kami semua, sebab masa nilah nak kumpul ramai ramai. biasa kitorang keluar, mesti sorang tak ikut, sorang balik. so, masa nilah nak happy happy dengan dorang semua. lagi lagi wafa, angah senah yang dah sem akhir :')































banyak sangat spam gambar, sebab aku rasa tak nak tinggal satu pun gambar. dan aku baru peghasan, gambar yang ada aku banyak sangat -___-'

Syukur. Syukur. Syukur Ya Allah, Dia kurniakan aku kawan, teman, sahabat seperti kalian semua. Semoga perjuangan kita diredhai oleh Allah. :')

Iolls loves uolls geng gegeleng kiri !
Assalamualaikum,

Hallo//

tetiba rajin nak update blog semata tak leh tido. eh tak, sebebnarnya tak leh tido sebab rajin nak update blog yang dah lama cicak beranak.  kay. 

090314 - sunday


9/03/2014 - satu tarikh yang insyaAllah akan ingat sampai bebila. walaupun penat tahap nak pengsan muntah tapi bila lagi nak seronok seronok macam gitu. tanpa sesaat seminit dan sejam dan berejam ingat final yang bakal tiba. siapa tahan bila hari hari ingat final exam. buat bengkak otak kot. kay. 

ini reunion untuk kali kedua kitorang batch asasi Management B (MB). thanks for Juni sebab ajjin arrange kan reunion tuk kali ini (tepuk tangan laju laju). siang malam malam dia dok pikiq reunion ni. haha. tahniah weh. dan terima kasih yang hadir. juni, hana, kak nina, khalisah, tira sam, tira yazarinan,syakira, dayat, hadi, khai, syahmi, paan,. sangat best ngan korang. 

aku malas nak taip pepanjang sebab bukan orang nak baca pon kan kan kan. haha 


sebelum korang scroll bawahtengok gmbar, aku nak korang tahu ni 

semoga apa yang berlaku 090314 kita boleh abadikan sampai bebila. sampai kita dah keje ke, dah kawin ke, tak kisah la. tapi sampai bila bila. moga ukhuwah kita bertambah rapat. InsyaAllah. aku nak pohon seribu kemaafan kalau aku ada buat silap dari aku kenal korang sampai ke harini. dan mungkin sampai bila bila. seronok dapat kenal korang. sangats. terima kasih engkorang. aku sayang gila kat korang semua. :D













































terima kasih, you all just make my perfect day. :D