Assalamualaikum,

Aku sangat teruja nak simpan pengalaman manis dekat dalam blog kali ni.



Harini (19 October 2019 / Sabtu) ,

Buat pertama kalinya, aku join larian macam ni. Selama 27 tahun ni, aku malas nak berlari kecuali masa merentas desa masa sekolah rendah dengan sekolah menengah. Masa merentas desa memang aku kaw kaw la semangat sampai nak dapat no TOP 10. Alhamdulillah dapat la jugak top10  dua tahun. Hadiah nye medal je pun, tapi aku punya semangat nak achieve tu lain macam. Kenapalah sekarang ni aku tak ada semangat tu dah.

Jadi untuk pertama kalinya, aku join. Mula-mula adik aku yang ngajak sebab excited Unicorn beb comel kot. Pastu tunjuk medal dia pun masyaAllah comel gilaaa. Dengan kena pakai tutu dengan rambut afro. Menarik gila. Kitorang semua kena keluar awal pagi sbeelum subuh sebab dari rumah kitorang ke Kepong Metropolitan Park tu sangat lah jauh. Adalah dalam masa sejam lebih baru sampai. Alhamdulillah sempat solat subuh dengan adik-adik aku berjemaah dekat Masjid dengan jemaah lain juga. Perasaan berjemaah waktu Subuh sangatttttttt seronok. Dah lama gila tak solat subuh berjemaah (ya ampun terasa keinsafan mengalir dalam jiwa). Last solat jemaah pun masa Qiamullail 5 tahun lepas. Astaghfirullah. 😓

Dah solat subuh kitorang pun singgah lah sekejap 7 Eleven. Beli lah makanan untuk sarapan. Tapi tak makan pun. Sis tak sangka boleh lari tapi tak sarapan. Sis bangga tetibe dengan diri sendiri. Tahu jelah kalau aku tak makan emosi aku macam mana hahaha.

sampai Kepong dalam pukul 6.40 pagi

Cerita dia aktiviti berlari start pukul 7.00 pagi tak silap. Tapi kitorang dari parking ke tempat start ni je dah berjalan jauh. Sampai halfway nak ke Start dah mula lari dah sebenarnya. Bila sampai tempat Start tu kena terus lari tak payah register ke apa hahaha. Sis ingatkan kena register tu yang lurus pergi tempat start ni. hahahha.


Nampak budak pakai Tutu comel gilaa, Tapi budak ni dah lari dulu dah masa aku nak ambil gambar. Huhu

Finally sampai juga tempat penamat tu. Haaihhh dia punya melecet jari kaki aku ni tak terkata. Gagah kan jugak nak berjalan. Adik-adik aku dah kedepan dah. Aku je kat belakang sebab melayan betapa sakitnya jari kaki aku waktu lari. Nak berjalan pun susah.


And.........


Finallyyyyyyyy..........

 Alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga habiskan 5km berjalan berlari 😂

Yong, Uda, Alang, Andak

Alang, Yong, Andak

Masa lari tak ada hati langsung nak ambil gambar gula-gula ni. Dah habis baru kita boleh ambil. hehe

Excited sampai rasa nak menari LOL
Okayy sampai rumah badan semua sakit-sakit. Hahahah, Tapi best gila lepas ni nak join Run lagi.

Ada sesiapa nak ajak sis?




Hai Assalamulaikum semua.


Credit : Pinterest

Korang mesti ada pekerjaan impian korang kan. Tipu lah tak ada. Aku terfikir nak buat post pasal pekerjaan2 impian aku. Tapi aku mengharapkan bila aku post kat sini boleh lah semua yang baca doakan aku supaya impian ni termakbul walaupun ianya ambil masa yang agak lama (takpe, sis okay) 


| Pereka Fesyen |

Waktu aku sekolah rendah, aku bebetul nak jadi pereka fesyen sampaikan aku  curi ambil  buku log mak aku danlukis baju baju yang ada dalam kepala aku. Serius benda tu fun gila.Bila dah lelebih berangan tu teringin pulak nak buka butik sendiri Peerghh berangan jee lebih. Hahah

| Pelukis | 

Waktu sekolah rendah jugak aku berangan nak jadi pelukis. Aku bukan pandai sangat melukis tapi melukis lah hobi paling aku suka kalau aku ada masa terluang. Tapi bila cikgu tanya, aku nak jadi apa. Dalam kepala aku terus terfikir "pelukis tu satu pekerjaan ke?" last last aku lupakan je hasrat aku nak jadi pelukis. Walaupun sebenarnya bila fikir balik, pelukis tu lah pekerjaan yang paling bessssssst (pada aku). Sebab bila kau ada idea yang kau dapat dalam otak pastu kau transfer dekat paper atau canvas.Then, bila dah siap dan kau nampak hasilnya,kau akan rasa seronok sangat dan kau akan dapat kepuasan.


| Akauntan |

Waktu sekolah menengah pula cita-cita aku bertukar nak jadi akauntan ataupun perancang kewangan. Pastu masa Form 4 aku tak terpilih nak join kelas student pandai, aku biasanya kelas last tak pun paling selamat kelas kedua terakhir lepastu memang dari Form 1 sampai ke Form 5 memang tak terpilih nak masuk kelas pertama dengan kedua. Sis redhaaa. Hahaha. Lepastu, sekolah aku dulu, kelas pertama je yang belajar subjek Akaun, aku pulak ambil subjek Perdagangan. Memang bukan minat aku tapi nak buat macam mana. Sis redha lagi. 😅😆lepas tu aku dah start rasa cita cita aku takkan termakbul masa tu sebab aku tak ada basic akaun pun. 

| Pegawai Bank |

Bila aku apply kemasukan kat kolej, aku apply Asasi Pengurusan. So, bila dah naik degree aku ambil kos Banking pulak. Aku pun tak tahu lah kenapa, sebab bila dah besar ni jadi suka tengok orang kerja bank. Dah habis belajar 4 tahun Degree Islamic Banking. Habis graduate tak ada pun dapat peluang kerja kat bank hahahahaahahahha. Ada lah satu bank je tapi terpaksa tolak sebab gaji dia tak relevant dengan keadaan aku masa tu. Yelah dah beli kereta, nak kena bayar kereta. Medical Insurance lagi kena bayar. Ptptn lagi. Nak shopping lagi ehhh hahah. Boleh je sebenarnya. Tapi sebab tak konpiden dengan diri sendiri.

 Jadi sekaranggg aku ada dream job aku yang terbaharuuu. Ha gituuwww.

Aku nak jual benda yang aku boleh buat 'handmade'. Tak nak bagitahu details sangat nanti orang lain tiru hahaha. biarlah aku seorang je yang tahu. buat-masa-sekarang. Setiap hari aku survey. Setiap malam jugak aku terfikir. Aku plan la sikit sikit. Sebab aku nak jadikan benda ni as my side income. Harap2 boleh lah hantar mak ayah pergi umrah. Kalau ada rezeki lebih lagi boleh bawak pergi Haji. Inilah angan-angan aku buat masa sekarang. Sorry kalau rasa annoying dengan post aku kali ni. Tapi aku harap sangat ia jadi kenyataan. 

Aku post pun pasal ni sebab kalau aku lupa dengan impian aku tapi bila tengok balik and baca  post ni satu hari nanti. Aku harap aku jadi bersemangat nak kejar impian aku ni. 

Bila aku dah mampu nak bekerja sendiri boleh lah jadi housewife & bussiness woman. Boleh lah hantar anak-anak gi sekolah sendiri. Ehhh berangan kaaan walaupun aku tak kahwin lagi. Taaak ini plan je kalau dimudahkan Allah.

Aku harap korang pun sama juga, semoga dipermudahkan Allah dan semoga impian korang tercapai. ♥️


Credit : Pinterest





Assalamualaikum yang rajin baca blog kita nii - tak nak jawab salam tak apaa elok jawabb haha 💜

Thanks to my jerawat sebab nampak macam neelofa pulak eehhh perasan hahah


Post yang lepas aku ada berkongsi berkenaan dengan itinerary dari Hari Pertama sampai Hari Ketiga di Fukuoka. Korang boleh klik link di bawah ye :

Kali ni, aku nak berkongsi in term of transportation, accomodation, dan nak share sedikit tips berjalan di Fukuoka ni. Untuk pengetahuan semua, trip kami ni memang hasil research dari abe google. Aku dapat tahu yang Air Asia baru je buat direct flight ke sana sebab sebelum siapa nak ke sana kena Transit. Lagi lama lah kalau transit ye daak ?.Tapi kali ni AA ada direct flight ke sana plus AA ada jual ticket flight promo haritu. Memang berbaloi habissss. Memang satu perkara baik sangat bila Air Asia ada buat direct flight ke Fukuoka sebab banyak tempat menarik kat sana. In term of perbelanjaan, Fukuoka tak mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan Osaka. Tapi pada aku, Fukuoka ni banyak tempat yang nature yang memang 'hidden gems' di Fukuoka. Kalau korang semua ada peluang bercuti kat sana dalam tempoh yang lama, dan ada bajet banyak sikit pergi lah Beppu, Oita dan lain- lain. Serius, korang takkan menyesal. 💞

Disebabkan ini adalah based on our experiences kat sana. Maaflah kalau ada kekurangan. Kami semua pun first time travel ke Japan. So satu hape pun tak tahu. Tahu nye cerita dari pengalaman orang lain. Kali ni aku nak bercerita pengalaman aku pulak. 

Untuk duit belanja kitorang cuma pakai 25,000 yen = RM 966. Pada mulanya nak bajet RM 2000 tapi saja cabar diri sendiri guna kat sana tak sampai RM 1000 pun tapii tak termasuk ticket flight dengan Accomodation tauu. Cuma duit belanja je yang bawah RM 1000. 


Nak tahu macam mana kitorang bajet?

Okay baca sampai habis. 

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️


1. Flight Ticket


Thanks to bestfriend aku, si Senah haha sebab tanpa dia yang alert dengan ticket flight AA promo ni tak terjadilah trip kami ke Fukuoka ni. Lagipun masa tu ticket flight ke Fukuoka sangat lah murah. Return flight maksud aku pergi dan balik boleh dapat hanya RM 650 SAHAJAA. Murah kaaaaan. Memang tak plan pun nak ke Jepun sebab aku sebenarnya cuak jugak la nak buat itinerary sebab aku pun jenis yang tak pernah ke sana. Kalau negara yang aku pernah pergi tu aku confident la sikit nak buat itinerary. Jadi kalau nak tiket murah rajin2 kanlah diri anda untuk usya tiket AA ye. Tak pun usya je dekat Skyscanner hihi 


2. Tempat tinggal

Kami cari tempat tinggal kat website AirBnB. Tapi tempat tinggal kitorang ni jauh dari Hakata Station. Aku sarankan siapa nak ke sana nak senang cari je hotel atau airbnb area Hakata sebab senang. Dari segi bayaran untuk hotel atau mana-mana Airbnb tu agak mahal sedikit berbanding dengan tempat tinggal kitorang ni. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kawasan yang dekat dengan subway dan transportation lain. 👅








Kalau korang berminat boleh terus click link ini untuk booking ye 👉👉 sini

Dia punya tempat sumpaah tak tipu. Selesa bangaaattt. Bersih bangeeett and lagi satu rumah ni kat tingkat 2. Bawah ada kedai makan roti canai hahaha tak lah ada kedai makanan india . Haritu kitorang adalah jugak berangan nak makan situ tapi tak kesampaian. Lagi satu, tempat Airbnb ni dekat sangat dengan Family Mart, Dobi, dengan Groceries Shop. Jalan kaki je dah sampai.

Okay nak cerita lepas korang booking tu and dah bayar, dia ada bagi satu doc dalam bentuk pdf. Kat situ lah panduan macam mana nak ke tempat tinggal dari Airport Fukuoka and kat mana owner letak kunci tu. Korang takkan berpeluang nak jumpa owner dia. ahhah. Yang bestnya, rumah ni pun ada wifi. So korang tak perlu risau mana nak cari line internet. Everthing is perfect !!

Okay total untuk 4 hari 3 malam kitorang kat sini dalam RM 881.47/per rumah. Jadi kalau dah dibahagi dengan 3 orang. Seorang cuma bayar 293.82 / Person !! Pada aku ni dah kira murah lah berbanding dengan hotel. Alaaahai kalau nak travel budget tak payah pi tempat fancy2 sangat asalkan korang selesa ada dapor boleh masak maggi dah cukup. HIHIHIHI

3. Pengangkutan Awam

Bercakap pasal transport ni, aku seriussssss jadi stress bila nak arrange transport sana. Sebab bila kau nak buat research kat Malaysia pastu nak cuba tengok Google Maps naik subway sampai mana. Naik Bas sampai mana. Seriuss tak ada, maksud aku TAK BOLEH NAK SEARCH. So aku dengan kawan-kawan aku pasrah nak tunggu sampai sana baru fikir macam mana nak cari jalan ke destinasi yang kitorang dah plan.

TAPIIII.. 


Sampai Fukuoka sana, everything jadi smooth gilaa tak ada salah naik transport semua kecuali salah pantai jelah masa first day kat sana. Tak boleh nak buat apa dah lah hahaha (baca sini)

Kalau korang open apps "Google Maps" kat handphone korang dah cukup dah. JANJI ada internet okayyy. Haa lagi satu, bila korang dah guna 100% public transport, korang akan banyak berjalan kaki.

Tips mengelakkan kaki anda mengalami kesakitan sebab banyak berjalan : 


  1. Pastikan korang pakai kasut yang sesuai, selesa dan sebagainya. (selesa sampai korang boleh berlari kehulur kehilir) 
  2. Pastikan korang tak bawak sangat barang yang banyaaakk. (ada sesetangah orang -macam aku - kalau boleh nak bawak semua barang. Ikut keselesaan korang jugak ye)
  3. Pastikan korang MAKAN ! (kalau tak makan macam mana nak jalan dik oii) 
Okay bayar untuk bas ni ada dua cara  ⤵️⤵️⤵️

  • Guna kad (ala ala macam kad atm). 
    • Aku sarankan korang pakai kad yang nama dia Nishitetsu. Sebab mostly korang akan pakai bas under Nishitetsu ni. Sorry sangat, pasal ni aku tak tahu nak explain lebih sebab kitorang tak pakai dan tak reti pakai. Hahaha. Apa pun jangan risau, google kan ada.

  • Guna Duit Syiling Yen
    • Kalau korang dah naik bas, tetiba tak ada duit syiling yen. Jangan risau, kat sebelah driver bas tu ada disediakan mesin tukar duit syiling. Meh aku tunjuk cara. 


💭 Yang pertamanya, korang akan masuk melalui pintu yang kat belakang. Depan untuk keluar tau. Sebelah kanan/ kiri ada mesin keluar kertas comel ➡️ Ambil kertas comel tu➡️ And then, ada tertera nombor berapa kat situ. Simpan jangan hilang tau. 

💭 Langkah yang kedua, nampak tak  ada macam tv kecil kat atas tu, Kalau no korang 1, korang kena tengok jadual yang kat monitor tu nombor satu. Semakin jauh tempat yang korang nak tuju, semakin bertambah la bayaran yang korang patut bayar. 

💭 Yang ketiga, jangan risau kalau duit syiling tak cukup, boleh tukar 1000 yen (duit kertas) atau 500 yen (coin) dekat mesin yang tunjuk No-3. 

💭 Yang ke-4 , dah sampai tempat yang dituju, korang cuma berjalan ke depan dan masukkan duit syiling dalam mesin (macam zaman dulu punya bas masukkan duit syiling dalam mesin tuu)

Kalau macam bas kat bawah ni. Bas menuju ke Shingu Ferry, korang hanya perlu bayar 100 yen sahaja. Yang ni kena masuk ikut pintu depan ye. 


Contoh tiket subway


4. Internet

Yang ni memang benda wajib yang korang tak boleh tinggal !

Tanpa 'dia' siapalah korang sebagai tourist haaa gitueeew. Internet la dia tuwww. Okay kitorang ada sewa pocket wifi.

Kitorang guna dari hari first day sampai last day kitorang kat Fukuoka, Alhamdulillah tak ada masalah melainkan bateri habis bila kena berkampung kat luar Fukuoka Airport. Serius weehh krik krik. Satu hari unlimited. Lepastu laju gila senang nak upload bagai semua.

Total Amount untuk 4 hari ( 25 Aug - 28 Aug ) : RM 120

Kalau per person cuma : RM 40/seorang (kalau berkongsi ye. Ini dibahagi 3 orang)😀

Boleh click here untuk details Roamingman
Senang je. Masa korang nak depart sebelum tu kena ambil dulu Pocket Wifi yang comel ni dekat KLIA2 (departure level, area Siti Khadijah). Bila korang dah sampai sana, dorang akan bagi panduan macam mana nak guna. Okaaay ?

5. Makanan / Minuman

Kalau Jepun ni, popular dengan "susah cari makanan halal". Aku sebenarnya tak boleh nak komen lebih la pasal ni bila korang dah ada kat luar negara. Tapi kalau sesiapa yang was was 24 jam boleh lah bawak makanan instant banyak-banyak dari Malaysia. Tapi bab imegresen sangkut ke tak? Sis tak pasti yang itu. Sebab makanan ruji kitorang kat sana cuma Maggi je. Maggi kan makanan kegemaran orang Malaysia. Apa salahnya kan kalau makan maggi setiap hari. Hahahah. Ada lah kitorang beli telur ayam kat groceries shop depan Airbnb kitorang. Boleh lah masukkan dalam maggi kitorang tu. Adalah penambah rasanya. Haa lagi satu korang kena rasa telur ayam diorang. Sebab rasa dia lain wehh. Tak tipu. Bagi aku, aku boleh makanlah. Tapi sahabat aku sorang tu tak boleh telan katanya. Hahaha. Depends jugak  taste korang. Tapi kalau korang buat research untuk halal restaurant. Ada je.
Boleh klik sini. ⬅️⬅️

Kalau minuman pulak untuk air mineral kat sana berharga 110 yen bersamaan dengan RM 4.30 - aku sarankan korang masak je air kat hotel atau airbnb korang bawak jelah botol kosong. Kalau nak jimatlah.

6. Entrance Fees

Sebelum korang kesana, make sure korang tahu tempat mana yang ada entrance fees. Kalau nak redah pun boleh je sebenarnya. Sis sebagai seorang perempuan yang sangat teliti supaya tidak menggelabah di kemudian hari. Sis cari jugak kat google. Hihihi.

Disebabkan kami pergi tak banyak tempat. Cuma satu tempat je yang kena bayar iaitu dekat Nokonoshima Island. (boleh baca post sebelum ni atau klik sini je

Jadi jimatlah di situu..

So.. aku dah rajin gila nak edit Budget ni, silalah tengok ye hahah.


Jadii lebihnya buatlah shopping makan makan beli cekelat walaupun cekelat tu dari Family Mart jeww hahaha. Cakap pasal Coklat. Aku jatuh cinta gila dengan coklat ni.

Coklat ni aku paaaaaaallliiing suka sampai tak sampai hati nak makan yang last. 

💔💔

Pada aku ni coklat paling muraah la kat sana hahaha

Ni pun sedap gilaaaaaaa ! 
 Sampai Malaysia, aku adalah bawak duit lebih sebab duit Malaysia aku dah habis daah. Dapatlah dalam RM 200 boleh lah buat belanja. Hahaha.

Alhamdulillah selesai semuanyaa. Kalau ada pertanyaan boleh terus komen okay. Kat sini aku nak share TIPS EXTRA & TEMPAT YANG PATUT KORANG PERGI BILA SAMPAI JEPUN. 


⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️



TIPS EXTRA

  • Bawa pakaian sesuai dengan cuaca (maklumlah Jepun kan ada 4 musim)
  • Kalau boleh jangan naik teksi. Takut lari bajet yang korang plan !
  • Disebabkan naik public transport. Sis nak sarankan korang elakkan pakai bag roda ye. Bawa backpack je terus. Senang nak angkut naik tangga bagai (sis belajar dari kesilapan lalu 😕
  • Sebab kan musim kat sana hujan memanjang. Payung Lutsinar dari Family Mart jangan lupa bawak ! - Payung jernih tu sumpah korang kena beli, Ditiup angin kuat macam mana pun tetap kukuh. Steady je wehh ! Kitorang ingatkan kitorang je yang jakun bawak payung ke Malaysia. Rupanya ada pelancong Malaysia pun beli juga sampai ambil masa nak check mana payung masing-masing 😂😂)

TEMPAT YANG KORANG WAJIB KUNJUNGI BILA SAMPAI JEPUN 

  • Kepada peminat cute stuff boleh pergi kat mana-mana Stationary Shop ke Jepun. Serius benda ni aku nyesal adalah tak pergi cari kedai stationary. Huhuhu 
  • Peminat anime dan hello kitty dll korang boleh melabur duit kat sini. Barang yang rare pun ada. 
  •  Singgah lah Muji Store kat Jepun. Sebab ada barang yang korang takkan dapat kat Muji Store kat Malaysia ni yee. (psst Canal City Hakata Mall ada taww)
  • Jangan lupa cuba makan Mee Udon dan Takoyaki ! (tak try yang lain pun tak pe, tapi yang dua ni serius korang wajib cuba!)

Thank You sudi bacaaaa 💗




Hai Assalamualaikum semuanyaaa..

Terima kasih masih sudi baca cerita aku sampai hari ketiga. Kalau yang belum baca lagi untuk hari pertama dan hari kedua. Sila klik link bawah ni ye :


Harinii kita akan tengokkk BUNGA MATAHARIIII YEAAAAYYY !! Bestnyeee. Sebenarnya plan nak pergi sunflower field ni dari trip kitorang ke Lopburi lagi. Nasib baiklah waktu tu, Ain ada call Information Office tanya pasal Lopburi ni ada sunflower lagi tak. And then, orang tu kata tak ada. Tahu tak betapa berkecainya hati aku bila dia kata dah tak ada. 💔💔 Tapi kami masih lagi teruskan perjalanan kami ke Hatyai dengan Bangkok. Disebabkan makanan kat Hatyai dengan Bangkok sedap gilaa sampai lupa patah hati. 

Macam biasa, perjalanan kami dibantu oleh google maps. Yang penting korang kena ada MODEM WIFI. Takpun Roaming je. Kalau korang beli Roaming dengan Digi aku rasa dalam RM 25 untuk 3 hari. Berbaloi la jugak. Kalau Modem Wifi pun okay. Kitorang sewa  modem tu kat KLIA2. Nanti aku share nama dia ye dekat next post. Tapi kannn masa kitorang keluar je rumah, hujan lebat gilaaa. Dengan angkut beg rodanya, (masa ni memang nyesal tak bawak bag belakang yang besar tu) .Habis basah kuyup. Alhamdulillah diberi peluang rasa hujan kat negara Jepun 😂💦

Dah naik bas ke Hakata. Sampai je sana, kitorang terus cari Locker Bag yang haritu, nasib baik Ain ni jenis yang ingat jalan. Kalau harap aku, memang lemah daya ingatan. Hskhsk. Tapi kalini, kitorang susah gilaa nak cari tempat locker yang muat untuk beg kami bertiga. Kalini kiotrang sewa asing sebab masa tu limited gila tempat locker tu. Dah penuhhh wehh. Tapi kalini agak pricey lah. 600 yen untuk locker yang muat beg roda aku.


Theeen, we are free from any luggage yang berat nak mampoh yuhuuuu

Sepanjang kami kat Japan, banyak guna bas Nishitetsu

Lepastu kitorang terus berjalan keluar dari Hakata Station (masa ni hujan lebat gila). Lepastu naik bas terus semua tidur. Nak sampai tu tengok bas dah tak ada orang dahh. Kitorang je yang turun area Ferry tu. Hahah. Ferry yang ni bukan ferry yang smalam punya tau. Nama Ferry ni Meinohama Station





Okayyy kita dah sampaaiii Meinohama Station.


Tapi kena tunggu Ferry pulak..

http://nokonoshima.com/en/access/
Breakfast with Mickey Mouse (108 Yen)






amboi serius nye mak jemah.



Yaaaay dah sampaiiiii !!! 

Sampai je terus kena naik bas sebab Nokonoshima Island ni lagi besarr dua kali ganda dari Ainoshima Island semalam. Tak silap aku tambang bas kali ni 120 yen. Sorry kalau silap sebab lupa dah makin tua ni 😂

Entrance Fees : 1200 yen (adult) 


Masa bayar kat kaunter ni, sajalah tanya, kat mana sunflower farm. Lepastu dengan nada sedih, perempuan yang jaga kaunter tu kata tak ada sebab tengah hujan, matahari tak ada so sunflower pun semua tunduk malu malu la nak dongak. Eh. hahah tak, tu aku tambah. Wehh terus hati aku berkecai sedikit demi sedikit. Lepastu aku dah pasrah habis dah. Bila masuk je nak mulakan perjalanan , tiba-tiba perempuan yang kat kaunter tu terus berlari (ceeeh) menuju kat kitorang yang sibuk tengah fikir nak kemana dulu.  Lepastu dia kata " You're very lucky today" sambil tunjuk tempat sunflower yang dah dongak sikit. Ya Allahh dari jauh dah nampak kecantikan kesempurnaan bunga matahari itttuuuww. Terus aku cakap 'arigato gozaimasu' banyak kali. Suka betul aku !! 

Map of Nokonoshima Island

TAPI SEBELUM TUUUU... 


Ada cerita lawaaaaaaaaaak. Yang aku rasa lawak gila. 


 

Sorry Ain benda ni kena kongsi sebab kelakar. 😂 Ain ternampak motor kat atas ni. Dia pun tanya la perempuan tadi boleh ke naik motor tu. Lepastu perempuan tu pandang ain atas bawaaaah. Then sambil ketawa kecil dia cakap " Motor ni khas untuk orang yang dah berumur (maksudnya dah tua)" Aku rasa perempuan tu pun serba salah nak jawab. HAHAHHA. Terbahaaak laaa kami kat situ jugak..



Okay saksikanlah gambar berbunga-bunga kamiiiiii. 




































Dah habis berjalan perut pun lapar. Terjumpa satu kedai ni. Dekat je dengan kedai souvenir kat atas ni. Satu magkuk besar ni harganya 550 yen. Tapi sedap gilaaa wehh.  Banyak jenis, aku dengan Ain pilih Fish cake ni , Sneah pilih yang ada telur mata kerbau separuh masak. Air green tea free. Sama laah rasanya dengan green tea dekat Sushi King tuww. heheh.




Okay kita sopan sikit

Kau try minum


eh makanan dah sampai kee

Dah habis berjimba jimba dah kenyang kita beransur la pulang ye anak anak. Jalan keluar je sama macam tempat masuk tadi. Cuma dia kena pergi sebelahnya. And ada tempat jual souvenir shop. Sambil tunggu bas sambil shopping giteww. Untuk makluman, shop ni boleh guna credit card ye. So siapa yang tak ada cash, boleh guna card je kat sini. 






Rajin nye kau dikk




------------------------------------------------



Dah naik bas semua, jangan lupa ambik balik barang kat locker tuu. hahaha

Sooo we are at Hakata Station again.. 


⇈⇈⇈ kebetulan ada show kat depan Hakata Station. Singgah jap dengar senpai handsome menyanyi hihihi. 



Bermulalah episod mengangkut bag berat ke airport....

SENARAI BAJET YEN UNTUK HARI KETIGA


  • Transportation (Bas /Train) : kurang dari 1000 yen (untuk satu hari perjalanan)
  • Ferry Ainoshima Island : 460 (pergi dan balik)
  • Entrance Fees : 1200 YEN
  • JUMLAH : 2660 yen / RM 102 (untuk perbelanjaan sehari perjalanan)
*Senarai bajet ni tidak termasuk makanan dan minuman. 

Nanti aku sambung lagi yeee....



Okayy terima kasih bacaaaaaa 💙💚💛💜