21 Julai 2012 - 1 Ramadhan

July 27, 2012

Assalamualaikum,


21 julai, hari kelahiran aku. Alhamdulillah. sudah menganjak ke dua puloh tahun. Allah memberikan aku nikmat hidup, tapi sekejap aku bersyukur dan sekejap aku alpa . Astaghfirullah. terima kasih kepada mak ayah kerana  memberi kan aku pelajaran, ilmu agama yang mengajar aku, Allah itu ADA. mengajar aku erti batasan,erti berkawan. terima kasih juga pada kawan yang sentiasa memberi semangat pabila aku jatuh. memberi aku inspirasi pabila ku lemah. tak lupa juga pada adik beradik ku, mereka beri aku bahagia. berkongsi cerita. bermain bersama.aku sayang mereka. 

Tanpa semua ini, aku tak akan sampai ke sini.

hari lahir ku, terima kasih pada sesiapa yang 'wish' . seronok sangat, sebab ada juga orang mengingati kita walau aku ni jenis orang yang macam ni. aku bukan macam orang lain, yang mengharap agar hari bahagia nya disambut. bagi aku, cukup la aku bersama orang yang aku sayang. keluarga aku. hanya cukup rezeki yang tersadai di depan mata. makanan berbuka. tanpa kek hari jadi. Aku okay dengan semua tu. Alhamdulillah, rezeki ada di depan mata. aku okey jika aku ada dekat dengan mereka. jiwa aku dah melekat bersama mereka. tak mahu berpisah. *jadi rindu pulak* 

bertambah gembira pabila adik kecik aku 6 tahun dengan 5 tahun, berusaha mencari hadiah untuk di beri pada aku. walaupun hadiah itu hadiah adik aku menang pidato tadika hari tu. terharu. sampai nak menangis. tapi ditahan sebab mereka kecil lagi untuk melihat air mata bahagia :') 



biar ia disimpan dalam hati, buat selamanya. InsyaAllah.

#np tuhan jagakan dia.

Tuhan jagakan mereka.
Ayah, mak, adik adik, sahabat handai, teman, kawan.
pabila berfikir seketika mengenai mereka.
hati sebak
tidak pasti kenapa.
dan mengapa.
tapi sayang mereka itu tetap ada.
sudah tentu ,
Kerana -Mu.
Kerana Allah. :) 

wassalam.