assalamualaikum.

hari ni, saya sebagai ustazah nabila ingin memberitahu anda ye anak anak. hidup kita harus ada kaf ba ra kaf alif ta nun. ke-ber-ka-tan ye anak anak. jika tak ada keberkatan dalam hidop. tak de makna ye tak makna ye anak anak. *tak de keje tiru mak sape entah dalam dunia baru* ahah.

assobru minal iman. sabar adalah separuh atau sebahagian daripada iman. aku ni tak de la pandai sangat nak berpalsapah ni. setakat yang boleh je. setakat bm aku tu ehems. baik tak payah *tolak tepi*. Sebagai contoh kalau kita melakukan sesuatu kerja tapi tetap jugak tidak diterima oleh pihak tertentu. kita boleh sedaya upaya mencuba dengan sepenuh jiwa dan raga kita. dan aku tak tahu bendalah ape yang aku tengah sampaikan kat korang ni. heissh.

okay, misal kata lah kan. kita berkawan dengan orang tu. sedang kita berkawan, tetibe ada benda yang tak kena. dan anda tidak tahu ape yang tengah menyelubungi misteri diri anda dan kawan anda. kalau berani, ang pi lah tanya dia pasaipa dia dok maghah2 ang. lepas dah tahu, mintak maaf - SELESAI. and then, pengalaman tulah yang mengajar kita untuk jadi lebih berhati hati dalam melakukan sesuatu kerja.  Yang tak paham nye. bila ada orang memendamkan rasa hati dan membiarkan ia menjadi full tank. kalau yang boleh cover tu thumbs up. yang tak boleh cover tu yang baling baling kerusi meja bertumbuk tampar cuit muit main tarek rambut.  yang ni eden tak mengerti. pasaipa nak gaduh gaduh. face to face ka open table ke. kau nak open table luas luas pon tak apa. asal dia tahu masalah kau dan kau tahu apa masalah dia. senang cite kan.

nak senang macam ginilah. kita kat dunia ni tak lama. memang mati tu pasti. tapi kita pon tak tahu bila tarikhnye, jamnye, minitnye, saatnye. so, kalau anda tak nak menyesal awal awal. pa lagi selesaikan awal awal. tak berguna nya kalau gaduh lelama. betol tak berguna. aku tak cakap pun diri aku ni baik sangat. cumanya nak mengingatkan diri sendiri. kalau aku lupa. korang boleh tolong ingatkan aku. kan elok saling ingat mengingati kannn. kita kan saudara se-Islam.

AND PEACE ! B-)

okay. nampaknya. idea aku sudah zero zero. ada masa aku update lagi.

Wassalam. Senyum :)
Assalamualaikum.

Hai !
sebelum subuh lagi kedengaran takbir yang menenangkan jiwa sanubari naluri whatever la. macam biasa,  mak masak rendang. dan aku cuma tolong apa yang patot. orang tak pandai buat rendang la katakan. tapi kalau bab makan rendang tu aku pandai. kalau nak dibandingkan rendang ayam dengan daging. aku lagi suka rendang ayam sebab dia dia dia dia ayam. ohoks. yang pertama-tama sekali aku akan cari paha ayam. kalau tak aku redha je makan ayam ape. tak pon, adik aku yang lain akan tolong carikan untuk aku. Nice kannn. haha

dan banyak la tulang belulang ayam kat atas pinggan. baru nak turunkan berat tapi disebabkan dah lama tak makan rendang. dah lama la sangat. aku layankan jugak napsu makan. okay, stop cerita pasal diri aku yang bernapsu makan ni.

dengan ini, kemaafan di pinta di hari yang penuh mulia ini. teringin sangat nak tunaikan rukan Islam tu. teringin nak feel macam mana rasanya berada di Tanah suci. tapi rejeki belum ada lagi. InsyaAllah. satu hari nanti kalau umur masih panjang. dengan izinnya. :')

SALAM AIDILADHA :)


wassalam.
Assalamualaikum,



Hai, sementara ada ilham ni. ada baiknya update masa tu jugak. kalau ada idea tapi buat lambat lambat , entah ilang ke mana entah.

kesilapan dan kesalahan dan sewaktu dengannya. mesti ada pada semuorang. nampak kan. tak semua makhluk kat bumi ni perfect. sepandai pandai pon dia, mesti ada kesilapan dan kesalahan yang mereka buat. dan kesilapan tulah yang mengajar kita macam mana erti hidup. So, dipendekkan ceritanya. janganlah nak blame orang sukehati kalau ada orang yang buat silap. dan jangan nak memandai buat cerita. menokok tambah. kalau dah ada tokok tambah tu dah jadi fitnah. better, bunuh orang daripada memfitnah. opps, mksud aku bukan nak galakkan membunuh. cuma andaian sajew. cuba kalau kita di tempat mereka. mesti kita dapat rasa macam mana feel nye jadi mereka.

orang kata, kalau kita tegur kawan kita yang buat silap. itulah sahabat dunia akhirat. ada baiknya jugak ayat ni. aku ambil pengajaran daripada ayat ni. korang jugak. moga moga. bukan bermakna aku tulis post ni saja saja. sengaja nak ingatkan diri yang makin lupa dihanyut arus duniawi. Astaghfirullahalazim.

waktu ni lah aku ada masa nak post. InsyaAllah, lain hari aku try post something different.

K wassalam.

Assalaumalaikum.

hai,  saya dah cuti sem dahh. ado?

sem ni cuti satu bulan je. lepas tu dah gatal nak ajak mak ngan ayah pi holiday. dalam otak nak pegi teluk batik je. sbab itu wonderful place. air nye jernih nak mapuih. tapi tu lah tunggu persetujuan. ceeh. hari tu lawan bola. apa lagi aku pilih selain kelate la gamaknya. Atm kalah. tak pe , cuba lagi bro bro sekalian. kita kalahkan kelate tahun depan. hahaah. *mencarut dalam hati* .sekadar kalah menang je pertandingan. tak masuk akhirat pun kan kan kan. tak poyoh nak bangga sangat. hahaha. kpeace.

 saya berdoa sangat result sem ni masyukk. amiinn~ tak nak dah demam lepas tengok result mcm sem lpas *gelengpale*

pasal bola tu kan. time nak balik rumah aka kampung ternampak la segerompolan van bawak bendera kelate. pastu terus tanya ayah. pastu adik aku yang kakinye berbalut tu. beriya nak pi tengok bola. padahal budak lima tahun kott. dah bersemangat nak tengok lawan bola. aissh.

pada kawan2 aku yang bercuti gak tu. selamat bercuti satu bulan! lepas tu kita dapat baucer sem depan. eh? haha
\

Kbye. wassalam. peace.
Assalamualaikum.

Hai. dah lama tak update blog. rasa macam okwed gile. haha. tapi aku berusaha. disebabkan semuanya dah lain dalam website blogger ni. perasaan aku pun lain. tak suka yang baru ni. lagi senang yang lama punya. tai tulah kena terima je. Pasrah aku.

My pesanan. Tolong doakan final aku boleh jawab. and then aku dapat result yang memuaskan. meningkat dari sem lepas. Peliss :')  insyaAllah, kalau aku ada masa, aku update. and aku bukan ada peminat macam blogger famous . bhaha

Bye. Wassalam.