Hai//
Nak dijadikan cerita, hari jumaat lepas, aku ada jumpa ex- classmate aku. Sumpah makin keding dia. Hahaha. Dan nak dijadikan cerita jugak. Aku rindu gila gossip groups aku dalam kelas. Part gossip pasal arwah, itu sangat meruntun jiwa. Serius. :'(
Yang penting, aku nak jumpa semua kawan2 aku lagi lagi bbf saya. Yam :))

Hai//

sebenarnya aku baru lepas baca novel asrama yang macam harom gila. elok elok ingat happy ending. tapi jadi confused ending. tapi jalan ceritanya memang best la. boleh kot bagi 2 setengah bintang je. sebab ceritanya macam biasa aku dengar. kira aku  boleh baca sampai 24 jam, kira okay la tu. meh, aku nak cerita pengalaman aku yang tak best ni pulak. haha

asrama.

siapa yang pernah duduk asrama mesti dah biasa dengar "tempat tu keras", "histeria", "tentera tak ada kepala". itu jaman myspace dulu aku dengar la cerita tu. dari aku tingkatan satu duduk asrama memang time tu noob gila. ikut je cakap senior. bagi salam kat senior. kalau tak bagi salam. nanti nama kena panggil time perjumpaan. gila ah. tapi time duduk asrama paling best bila ada ramai kawan. kau pergi sini, kenal. pergi sana, kenal. pastu main badminton, pingpong, bola tampar sesama. pastu main hujan sesama. menyorok bawah tangga. serius rindu zaman tu. 


pasal cerita mistik pulak. dulu. dulu la. time nak exam ada je budak kena histeria. tak sah tak ada. tapi itu dulu la. pastu konon dulu nak sangat tengok benda mistik. konnonnya nak nampak macam mana rupa dorang. sampai aku berdoa sungguh sungguh nak nampak. sekali Allah dah makbulkan. hambik kau. tapi itu la pengalaman yang tak pernah lupa sampai sekarang. 


kau akan rasa gubra bila kau keluar je bilik tetiba nampak benda lintas depan kau. berjalan. dan atas bumbung tandas dan kena tindih dan lain lain. tapi bila dah biasa semua tu. semua jadi ala ala cool. ala ala je la. tapi dalam hati kena baca surah macam macam. banyak cerita nak cerita tapi semuanya macam tersekat sekat nak cerita. 

itu je. malas nak cerita lelebih. cerita sini. sini je. haha

bye//