Buat teman.. Bicara nurani.. Bingkisan sahabat penguat rohani :)

January 6, 2013

Hari ni ku mahu berbicara
Tentang teman yang senantiasa ada
Saat diperlukan di mana jua dia berada
Dia selalu menenangkan hati ini
Tidak pernah sesaat dia tidak ada di sini
Andai nyawa berlalu pergi dari diri ini
X kan pernah sesaat kau ku lupai
jauh dr lubuk jiwa nurani
Duhai teman
Ingat pesan ini
Dunia ini x kan kekal hakiki
Mari bersama kita mencari
Tentang roh diri yang perlu pengisian rohani
Jika bicara tentang duniawi
Kejar la kejayaan sejauh langit meninggi
Kerana dunia hadapan belum pasti
Akan sama seperti hari ini
Namun jangan pernah lupa
Jika sekarang kau sedang riang bernyanyi
Jangan pernah lupa kegembiraan abadi
Yang pasti kekal di sana nanti.
Jangan pernah berhenti untuk  brbakti
Sebagai hamba allah yang sejati
Bingkisan kata dari insan yang fana ini
Sama berkongsi nikmat ilahi
Di bumi allah kasih kita bersemi
Termeterai ikatan sahabiah yang kita miliki kini
Duhai teman milik ilahi
Jangan pernah lalai dengan perintah ilahi
Andai kau ragu dan sangsi
Tenangkan hati dengan kalimah allah yang penuh bisikan rohani
Andai kau gembira di sana sini
Jangan kau lupa sesekali menadah tangan kepada pemberi kebahagiaan buat dirimu ini
Andai kau teruji jiwa dan nurani
Harap kau hampirkan diri pada pencipta nyawa ini
Jika kau diberi peluang bernafas lagi
Jangan pernah lupa mengucap syukur pada pemberian sementara ini
Sementara  nyawa belum melayang pergi
Mari bersama kita mengingati
X kan pernah rugi dan x kan kita sesali
Moga kasih ini kekal abadi
Kasih kepada pencipta yang satu ini
Yang menakluk jiwa dan rohani
Moga terus kuat dan terus mengerti
Milik hakiki ALLAH yang senentiasa satu di hati ini.
Moga terus kekal hingga mati
Sekian mohon permisi