bila huruf 'i' jadi lain.

March 1, 2012

Assalamualaikum.

semenjak dua menjak ni, tak tahu dah nak buat apa..tido,makan,menaip,online.itu je.padahal next ada exam kot..hoho..aku dah lama tak story morry kat sini..alasannya sebab tak de masa, busy,tak de masa, busy..itu je..haha.tapi kan kalau sesiapa yang rasa tak nak baca aku punya cerita yang penuh ketidak faedahan..harap maaf la yee..haha..

tahu yang atas ni huruf apa? yang pertama tu mestilah huruf 'i' kan? kalau yang belah kanan?apa pulok?mesti korang ingat alif fathah kan..haha..kalau aku darjah satu..biasalah budak budak nak cuba sesuatu yang baru kan..sesuatu yang pelik kan?aku jadikan titik kat atas i tu serupa macam alip baris atas..ke tak konpius cikgu BM aku nak baca aku punya tulisan..bukan setakat cikgu BM je..cikgu BI , Sains..semua jadi dadu..haha..pening kepalo jadinknye..

sebab aku ingat lagi nama cikgunya cikgu Ramli..ajar aku BM time aku darjah 1..bila cikgu panggil nama aku kat depan..lepas tu tanya aku."ni huruf apa'' sambil tunjuk kat huruf 'i'..''huruf 'i' cikgu.'' dengan muka tak bersalahnya aku jawab. "cikgu tak rasa macam 'i' jee..ni alif fathah kan?''- time tu dalam hati aku ''betol jugak'' aku pon tersengih macam kerang busuk gamaknya..sejak hari tu, aku tak berani nak tulis titik 'i' sepanjang -panjang alam..itu boleh membuatkan aku gagal dalam semua subjek..haha..sebab time tu jugak aku rasa, kalau aku buat titik 'i' lagi panjang..boleh menyerikan lagi tulisan aku..berseri seserinya..haha


cerita ini adalah berdasarkan pengalaman aku.jikalau anda tidak percaya..boleh tanya kat cikgu ramli aku.haha

moralnya : jangan jadi perosak hurup.kalau sekadar nak menyerikan tulisan anda > terasa aku.haha 

..wassalam..