Day 3 - Trip Bajet ke Fukuoka Jepun - Nokonoshima Island

September 17, 2019




Hai Assalamualaikum semuanyaaa..

Terima kasih masih sudi baca cerita aku sampai hari ketiga. Kalau yang belum baca lagi untuk hari pertama dan hari kedua. Sila klik link bawah ni ye :


Harinii kita akan tengokkk BUNGA MATAHARIIII YEAAAAYYY !! Bestnyeee. Sebenarnya plan nak pergi sunflower field ni dari trip kitorang ke Lopburi lagi. Nasib baiklah waktu tu, Ain ada call Information Office tanya pasal Lopburi ni ada sunflower lagi tak. And then, orang tu kata tak ada. Tahu tak betapa berkecainya hati aku bila dia kata dah tak ada. 💔💔 Tapi kami masih lagi teruskan perjalanan kami ke Hatyai dengan Bangkok. Disebabkan makanan kat Hatyai dengan Bangkok sedap gilaa sampai lupa patah hati. 

Macam biasa, perjalanan kami dibantu oleh google maps. Yang penting korang kena ada MODEM WIFI. Takpun Roaming je. Kalau korang beli Roaming dengan Digi aku rasa dalam RM 25 untuk 3 hari. Berbaloi la jugak. Kalau Modem Wifi pun okay. Kitorang sewa  modem tu kat KLIA2. Nanti aku share nama dia ye dekat next post. Tapi kannn masa kitorang keluar je rumah, hujan lebat gilaaa. Dengan angkut beg rodanya, (masa ni memang nyesal tak bawak bag belakang yang besar tu) .Habis basah kuyup. Alhamdulillah diberi peluang rasa hujan kat negara Jepun 😂💦

Dah naik bas ke Hakata. Sampai je sana, kitorang terus cari Locker Bag yang haritu, nasib baik Ain ni jenis yang ingat jalan. Kalau harap aku, memang lemah daya ingatan. Hskhsk. Tapi kalini, kitorang susah gilaa nak cari tempat locker yang muat untuk beg kami bertiga. Kalini kiotrang sewa asing sebab masa tu limited gila tempat locker tu. Dah penuhhh wehh. Tapi kalini agak pricey lah. 600 yen untuk locker yang muat beg roda aku.


Theeen, we are free from any luggage yang berat nak mampoh yuhuuuu

Sepanjang kami kat Japan, banyak guna bas Nishitetsu

Lepastu kitorang terus berjalan keluar dari Hakata Station (masa ni hujan lebat gila). Lepastu naik bas terus semua tidur. Nak sampai tu tengok bas dah tak ada orang dahh. Kitorang je yang turun area Ferry tu. Hahah. Ferry yang ni bukan ferry yang smalam punya tau. Nama Ferry ni Meinohama Station





Okayyy kita dah sampaaiii Meinohama Station.


Tapi kena tunggu Ferry pulak..

http://nokonoshima.com/en/access/
Breakfast with Mickey Mouse (108 Yen)






amboi serius nye mak jemah.



Yaaaay dah sampaiiiii !!! 

Sampai je terus kena naik bas sebab Nokonoshima Island ni lagi besarr dua kali ganda dari Ainoshima Island semalam. Tak silap aku tambang bas kali ni 120 yen. Sorry kalau silap sebab lupa dah makin tua ni 😂

Entrance Fees : 1200 yen (adult) 


Masa bayar kat kaunter ni, sajalah tanya, kat mana sunflower farm. Lepastu dengan nada sedih, perempuan yang jaga kaunter tu kata tak ada sebab tengah hujan, matahari tak ada so sunflower pun semua tunduk malu malu la nak dongak. Eh. hahah tak, tu aku tambah. Wehh terus hati aku berkecai sedikit demi sedikit. Lepastu aku dah pasrah habis dah. Bila masuk je nak mulakan perjalanan , tiba-tiba perempuan yang kat kaunter tu terus berlari (ceeeh) menuju kat kitorang yang sibuk tengah fikir nak kemana dulu.  Lepastu dia kata " You're very lucky today" sambil tunjuk tempat sunflower yang dah dongak sikit. Ya Allahh dari jauh dah nampak kecantikan kesempurnaan bunga matahari itttuuuww. Terus aku cakap 'arigato gozaimasu' banyak kali. Suka betul aku !! 

Map of Nokonoshima Island

TAPI SEBELUM TUUUU... 


Ada cerita lawaaaaaaaaaak. Yang aku rasa lawak gila. 


 

Sorry Ain benda ni kena kongsi sebab kelakar. 😂 Ain ternampak motor kat atas ni. Dia pun tanya la perempuan tadi boleh ke naik motor tu. Lepastu perempuan tu pandang ain atas bawaaaah. Then sambil ketawa kecil dia cakap " Motor ni khas untuk orang yang dah berumur (maksudnya dah tua)" Aku rasa perempuan tu pun serba salah nak jawab. HAHAHHA. Terbahaaak laaa kami kat situ jugak..



Okay saksikanlah gambar berbunga-bunga kamiiiiii. 




































Dah habis berjalan perut pun lapar. Terjumpa satu kedai ni. Dekat je dengan kedai souvenir kat atas ni. Satu magkuk besar ni harganya 550 yen. Tapi sedap gilaaa wehh.  Banyak jenis, aku dengan Ain pilih Fish cake ni , Sneah pilih yang ada telur mata kerbau separuh masak. Air green tea free. Sama laah rasanya dengan green tea dekat Sushi King tuww. heheh.




Okay kita sopan sikit

Kau try minum


eh makanan dah sampai kee

Dah habis berjimba jimba dah kenyang kita beransur la pulang ye anak anak. Jalan keluar je sama macam tempat masuk tadi. Cuma dia kena pergi sebelahnya. And ada tempat jual souvenir shop. Sambil tunggu bas sambil shopping giteww. Untuk makluman, shop ni boleh guna credit card ye. So siapa yang tak ada cash, boleh guna card je kat sini. 






Rajin nye kau dikk




------------------------------------------------



Dah naik bas semua, jangan lupa ambik balik barang kat locker tuu. hahaha

Sooo we are at Hakata Station again.. 


⇈⇈⇈ kebetulan ada show kat depan Hakata Station. Singgah jap dengar senpai handsome menyanyi hihihi. 



Bermulalah episod mengangkut bag berat ke airport....

SENARAI BAJET YEN UNTUK HARI KETIGA


  • Transportation (Bas /Train) : kurang dari 1000 yen (untuk satu hari perjalanan)
  • Ferry Ainoshima Island : 460 (pergi dan balik)
  • Entrance Fees : 1200 YEN
  • JUMLAH : 2660 yen / RM 102 (untuk perbelanjaan sehari perjalanan)
*Senarai bajet ni tidak termasuk makanan dan minuman. 

Nanti aku sambung lagi yeee....



Okayy terima kasih bacaaaaaa 💙💚💛💜












Anonymous said...

salam sis. sis pakai kamera apa ni eh tangkap gambar?

Nabilabee said...

Hai awak, terima kasih sebab sudi singgah blog saya. Kami pakai iphone 8 plus dengan iphone x untuk semua gambar. :D