Assalamualaikum,


21 julai, hari kelahiran aku. Alhamdulillah. sudah menganjak ke dua puloh tahun. Allah memberikan aku nikmat hidup, tapi sekejap aku bersyukur dan sekejap aku alpa . Astaghfirullah. terima kasih kepada mak ayah kerana  memberi kan aku pelajaran, ilmu agama yang mengajar aku, Allah itu ADA. mengajar aku erti batasan,erti berkawan. terima kasih juga pada kawan yang sentiasa memberi semangat pabila aku jatuh. memberi aku inspirasi pabila ku lemah. tak lupa juga pada adik beradik ku, mereka beri aku bahagia. berkongsi cerita. bermain bersama.aku sayang mereka. 

Tanpa semua ini, aku tak akan sampai ke sini.

hari lahir ku, terima kasih pada sesiapa yang 'wish' . seronok sangat, sebab ada juga orang mengingati kita walau aku ni jenis orang yang macam ni. aku bukan macam orang lain, yang mengharap agar hari bahagia nya disambut. bagi aku, cukup la aku bersama orang yang aku sayang. keluarga aku. hanya cukup rezeki yang tersadai di depan mata. makanan berbuka. tanpa kek hari jadi. Aku okay dengan semua tu. Alhamdulillah, rezeki ada di depan mata. aku okey jika aku ada dekat dengan mereka. jiwa aku dah melekat bersama mereka. tak mahu berpisah. *jadi rindu pulak* 

bertambah gembira pabila adik kecik aku 6 tahun dengan 5 tahun, berusaha mencari hadiah untuk di beri pada aku. walaupun hadiah itu hadiah adik aku menang pidato tadika hari tu. terharu. sampai nak menangis. tapi ditahan sebab mereka kecil lagi untuk melihat air mata bahagia :') 



biar ia disimpan dalam hati, buat selamanya. InsyaAllah.

#np tuhan jagakan dia.

Tuhan jagakan mereka.
Ayah, mak, adik adik, sahabat handai, teman, kawan.
pabila berfikir seketika mengenai mereka.
hati sebak
tidak pasti kenapa.
dan mengapa.
tapi sayang mereka itu tetap ada.
sudah tentu ,
Kerana -Mu.
Kerana Allah. :) 

wassalam.
Assalamualaikum,


 Hai * dengan rasa lemahnya*

yes, memang tak elok rasa marah tu, marah tu, kawan setannirrojim. kita tak suka kawan dengan setaun. sapa yang suka. tapi bila sabar dah melampaui batas, segala benda nak marah. tapi ku cuba tahankan juga. kalau marah depan depan lagi mengharu birukan. kalau cerita kat orang lain, takut orang kata "eii, dia ni makan daging kawannya sendiri" diri ini tak mahuu. hanya mengadu pada MU. aku tak nak cerita panjang , nanti terlepas pulak. tapi diri ini cuba untuk senyum, sembunyi la orang kata. itu ayat comel dia la. haha

Okay,  Wassalam (: -peace.
Assalamualaikum.


okay, aku nak update bendaa yang sopan pulak kali ni. hahaha. baju kurung adalah baju yang dipakai oleh kaum perempuan sahaja *aku tak tahu pulok kalau ada kaum lelaki yang pakai -,-' bertaubatlah kamuuu* tidak kira pada waktu formal atau tidak, ia akan memperlihatkan kesopanan pada si pemakai -ayat ape lah aku pakai ni-

sekarang pon dah banyak trend baju kurung, baju kurung pahang , baju kurung moden la, baju kurung lalalala. tak tahu nak taip ape ntah. haha.tapi kalau orang sekarang dah tak main dah pakai baju kurung. pakai baju kurung time first raya je. hari lain tak pakai dah. haha. aku tak aku tak. baju kurung ni buat kita rasa macam agak sopan la jugak. ayu, comel *mata ke atas* ..

sebenarnya aku nak cite pasal lain, hari isnin lepas, aku pi kedai ngan cousin aku. aku pakai baju kurung time tu. ada pulak mamat rock ni, berdiri sebalah aku, sambil berzikir kononnya, aku pun terjerit pulak " perli ke ape?'' haha. terkuat pulak. gaya macam nak cari gadoh pon ada jugak. hohoi mamat rock, salah ke aku pakai baju kurung, tahu la cantik *maksud aku baju kurung aku cantik* haha. kau ada?  yelah, sekarang ni, ramai orang kat sana, negara lain la. malaysia tak koott. sekarang trend pakai baju ketat,jarang laa. aku pon terpelik, macam mana mereka ni boleh selesa dengan baju ketat , sendat, lagi seksi. kalau aku laa, aku tak selesa mak jemaah hoii. kalau dah terlampau ketat sangat tu, tak payah pakai baju laa. kan body awak tu cantiik -.-'.

aku ni bukan nak tunjuk  cara aku pakai perfect sangat. tapi aku pun nak tegur diri sendiri jugak. untuk diri sendiri jugak. nanti kat akhirat siapa susah? AYAH kita tahuk. kalaukita tutup semuanya, insyaAllah, AYAH kita akan senang hati :)


yang baik datangnya dari Allah, yang buruk, tentu datang dari diri saya sendiri . Have Fun ! :)

wassalam..
Assalamualaikum.

Hai ! niat di hati bukan nak jual ceghite tapi nak menge'share' ceghite. haha , ni pasal diri aku. yang tadinya aku nak mula tido. tepon orang tu, tepon orang tu, tanya pasal satu program je pon. terus tak dapat nak tidur. termenung kejap. ghase macam ada ilham nak update blog. haha. pasal diri sendiri. aku tak nak jual ikan tapi nak jual ayam.BOLEH ? 

ramai orang tanya aku soalan ni.

"kenapa kau selalu mintak maaf, padahal bukan salah kau pon"

nak tahu jawapan aku hape? haha. macam ni ceghitenye. aku ni jenis tak boleh buat salah sikit. kalau nampak sikit je kesalahan yang aku buat. mula lah nak rasa bersalah. rasa bersalah tu bukan 1 saat ke hape. tunggu reaksi orang tu, kalau rasa lain macam terus mintak maaf. and of course, aku mintak maap bukan sekali tapi berkali kali. right? haha. sebab aku rasa satu maap tu tak cukup. for me laa. hahaha. sebab nya aku takut time nyawa aku tercabut, aku penuh rasa bersalah and takut aku tak sempat nak mintak maap. boleh terima tak jawapan aku. inilah aku ! hahhaa . lagi satu, orang kata, jangan mintak maaf banyak2 kali, nanti orang lain pijak kau. pasal pijak pijak,lempanglempang, tepuk tampar tu. dah biasa dah. yes! aku dah bnyak kali kena. dulu la. sekarang tak kot. harap harap la. tapi aku tak kisah sebab bukan dapat pahala pon pijak pijak orang. yang penting kaf ba ra kaf alif ta nun dari Allah. orang yang buat benda tak baik kat kita takkan nak berperang sampai mati kot. tak gentle laa. kita ni sementara je kat dunia. bila bila masa je , kita akan kembali pada-Nya,  :')


"kenapa kau tak tengok wayang, hukum nya boleh la kalau tengok cerita kartun or apa-apa yang elok "

pasal ni, bukan haram ke halal ke apa. cuma aku je yang tak boleh nak ngam dengan wayang tu. aku pon tak tahu. adik adik aku semua dah masuk. tak semua la. setengah je. cuma aku je yang liat nak masuk. entahlah, aku pon tak tahu kenapa. orang ajak. aku just cakap. " tengoklah, aku tunggu korang kat luar, tak kisah ke lama ke sekejap, aku tunggu kat luar"  yang tadinya mood dorang nak tengok wayang , bila alasan aku keluar je terus tak jadi nak tengok wayang. kesian jugak. kalau orang tanya pun aku tak tahu nak jawab apa sebenarnya. HAHA. aku tak  nak cakap lelebih , nanti aku yang jadi fanatik sangat dengan wayang. so, aku diam kan sahaja :)

hahaha. aku tak tahu nak type ape dah. mata ni asyik nak terpejam dek keletihan. haha

esok balik kolej . YEAH ! -,-'

yang kat atas ni, MAAP kalau ada terguris hati sesiapa. tak de kaitan dengan yang hidup malahan yang sudah mati. hookayy :) \


wassalam.