baju kurung.

July 12, 2012

Assalamualaikum.


okay, aku nak update bendaa yang sopan pulak kali ni. hahaha. baju kurung adalah baju yang dipakai oleh kaum perempuan sahaja *aku tak tahu pulok kalau ada kaum lelaki yang pakai -,-' bertaubatlah kamuuu* tidak kira pada waktu formal atau tidak, ia akan memperlihatkan kesopanan pada si pemakai -ayat ape lah aku pakai ni-

sekarang pon dah banyak trend baju kurung, baju kurung pahang , baju kurung moden la, baju kurung lalalala. tak tahu nak taip ape ntah. haha.tapi kalau orang sekarang dah tak main dah pakai baju kurung. pakai baju kurung time first raya je. hari lain tak pakai dah. haha. aku tak aku tak. baju kurung ni buat kita rasa macam agak sopan la jugak. ayu, comel *mata ke atas* ..

sebenarnya aku nak cite pasal lain, hari isnin lepas, aku pi kedai ngan cousin aku. aku pakai baju kurung time tu. ada pulak mamat rock ni, berdiri sebalah aku, sambil berzikir kononnya, aku pun terjerit pulak " perli ke ape?'' haha. terkuat pulak. gaya macam nak cari gadoh pon ada jugak. hohoi mamat rock, salah ke aku pakai baju kurung, tahu la cantik *maksud aku baju kurung aku cantik* haha. kau ada?  yelah, sekarang ni, ramai orang kat sana, negara lain la. malaysia tak koott. sekarang trend pakai baju ketat,jarang laa. aku pon terpelik, macam mana mereka ni boleh selesa dengan baju ketat , sendat, lagi seksi. kalau aku laa, aku tak selesa mak jemaah hoii. kalau dah terlampau ketat sangat tu, tak payah pakai baju laa. kan body awak tu cantiik -.-'.

aku ni bukan nak tunjuk  cara aku pakai perfect sangat. tapi aku pun nak tegur diri sendiri jugak. untuk diri sendiri jugak. nanti kat akhirat siapa susah? AYAH kita tahuk. kalaukita tutup semuanya, insyaAllah, AYAH kita akan senang hati :)


yang baik datangnya dari Allah, yang buruk, tentu datang dari diri saya sendiri . Have Fun ! :)

wassalam..