Hai Assalamualaikum semuanyaaa..

Terima kasih masih sudi baca cerita aku sampai hari ketiga. Kalau yang belum baca lagi untuk hari pertama dan hari kedua. Sila klik link bawah ni ye :


Harinii kita akan tengokkk BUNGA MATAHARIIII YEAAAAYYY !! Bestnyeee. Sebenarnya plan nak pergi sunflower field ni dari trip kitorang ke Lopburi lagi. Nasib baiklah waktu tu, Ain ada call Information Office tanya pasal Lopburi ni ada sunflower lagi tak. And then, orang tu kata tak ada. Tahu tak betapa berkecainya hati aku bila dia kata dah tak ada. 💔💔 Tapi kami masih lagi teruskan perjalanan kami ke Hatyai dengan Bangkok. Disebabkan makanan kat Hatyai dengan Bangkok sedap gilaa sampai lupa patah hati. 

Macam biasa, perjalanan kami dibantu oleh google maps. Yang penting korang kena ada MODEM WIFI. Takpun Roaming je. Kalau korang beli Roaming dengan Digi aku rasa dalam RM 25 untuk 3 hari. Berbaloi la jugak. Kalau Modem Wifi pun okay. Kitorang sewa  modem tu kat KLIA2. Nanti aku share nama dia ye dekat next post. Tapi kannn masa kitorang keluar je rumah, hujan lebat gilaaa. Dengan angkut beg rodanya, (masa ni memang nyesal tak bawak bag belakang yang besar tu) .Habis basah kuyup. Alhamdulillah diberi peluang rasa hujan kat negara Jepun 😂💦

Dah naik bas ke Hakata. Sampai je sana, kitorang terus cari Locker Bag yang haritu, nasib baik Ain ni jenis yang ingat jalan. Kalau harap aku, memang lemah daya ingatan. Hskhsk. Tapi kalini, kitorang susah gilaa nak cari tempat locker yang muat untuk beg kami bertiga. Kalini kiotrang sewa asing sebab masa tu limited gila tempat locker tu. Dah penuhhh wehh. Tapi kalini agak pricey lah. 600 yen untuk locker yang muat beg roda aku.


Theeen, we are free from any luggage yang berat nak mampoh yuhuuuu

Sepanjang kami kat Japan, banyak guna bas Nishitetsu

Lepastu kitorang terus berjalan keluar dari Hakata Station (masa ni hujan lebat gila). Lepastu naik bas terus semua tidur. Nak sampai tu tengok bas dah tak ada orang dahh. Kitorang je yang turun area Ferry tu. Hahah. Ferry yang ni bukan ferry yang smalam punya tau. Nama Ferry ni Meinohama Station





Okayyy kita dah sampaaiii Meinohama Station.


Tapi kena tunggu Ferry pulak..

http://nokonoshima.com/en/access/
Breakfast with Mickey Mouse (108 Yen)






amboi serius nye mak jemah.



Yaaaay dah sampaiiiii !!! 

Sampai je terus kena naik bas sebab Nokonoshima Island ni lagi besarr dua kali ganda dari Ainoshima Island semalam. Tak silap aku tambang bas kali ni 120 yen. Sorry kalau silap sebab lupa dah makin tua ni 😂

Entrance Fees : 1200 yen (adult) 


Masa bayar kat kaunter ni, sajalah tanya, kat mana sunflower farm. Lepastu dengan nada sedih, perempuan yang jaga kaunter tu kata tak ada sebab tengah hujan, matahari tak ada so sunflower pun semua tunduk malu malu la nak dongak. Eh. hahah tak, tu aku tambah. Wehh terus hati aku berkecai sedikit demi sedikit. Lepastu aku dah pasrah habis dah. Bila masuk je nak mulakan perjalanan , tiba-tiba perempuan yang kat kaunter tu terus berlari (ceeeh) menuju kat kitorang yang sibuk tengah fikir nak kemana dulu.  Lepastu dia kata " You're very lucky today" sambil tunjuk tempat sunflower yang dah dongak sikit. Ya Allahh dari jauh dah nampak kecantikan kesempurnaan bunga matahari itttuuuww. Terus aku cakap 'arigato gozaimasu' banyak kali. Suka betul aku !! 

Map of Nokonoshima Island

TAPI SEBELUM TUUUU... 


Ada cerita lawaaaaaaaaaak. Yang aku rasa lawak gila. 


 

Sorry Ain benda ni kena kongsi sebab kelakar. 😂 Ain ternampak motor kat atas ni. Dia pun tanya la perempuan tadi boleh ke naik motor tu. Lepastu perempuan tu pandang ain atas bawaaaah. Then sambil ketawa kecil dia cakap " Motor ni khas untuk orang yang dah berumur (maksudnya dah tua)" Aku rasa perempuan tu pun serba salah nak jawab. HAHAHHA. Terbahaaak laaa kami kat situ jugak..



Okay saksikanlah gambar berbunga-bunga kamiiiiii. 




































Dah habis berjalan perut pun lapar. Terjumpa satu kedai ni. Dekat je dengan kedai souvenir kat atas ni. Satu magkuk besar ni harganya 550 yen. Tapi sedap gilaaa wehh.  Banyak jenis, aku dengan Ain pilih Fish cake ni , Sneah pilih yang ada telur mata kerbau separuh masak. Air green tea free. Sama laah rasanya dengan green tea dekat Sushi King tuww. heheh.




Okay kita sopan sikit

Kau try minum


eh makanan dah sampai kee

Dah habis berjimba jimba dah kenyang kita beransur la pulang ye anak anak. Jalan keluar je sama macam tempat masuk tadi. Cuma dia kena pergi sebelahnya. And ada tempat jual souvenir shop. Sambil tunggu bas sambil shopping giteww. Untuk makluman, shop ni boleh guna credit card ye. So siapa yang tak ada cash, boleh guna card je kat sini. 






Rajin nye kau dikk




------------------------------------------------



Dah naik bas semua, jangan lupa ambik balik barang kat locker tuu. hahaha

Sooo we are at Hakata Station again.. 


⇈⇈⇈ kebetulan ada show kat depan Hakata Station. Singgah jap dengar senpai handsome menyanyi hihihi. 



Bermulalah episod mengangkut bag berat ke airport....

SENARAI BAJET YEN UNTUK HARI KETIGA


  • Transportation (Bas /Train) : kurang dari 1000 yen (untuk satu hari perjalanan)
  • Ferry Ainoshima Island : 460 (pergi dan balik)
  • Entrance Fees : 1200 YEN
  • JUMLAH : 2660 yen / RM 102 (untuk perbelanjaan sehari perjalanan)
*Senarai bajet ni tidak termasuk makanan dan minuman. 

Nanti aku sambung lagi yeee....



Okayy terima kasih bacaaaaaa 💙💚💛💜












Hai Assalamualaikum semua 😊

Post kalini aku nak sambung balik trip Fukuoka kami untuk hari yang kedua. Kalau kat Malaysia pukul 4 pagi kat snaa 1 jam cepat maksudnya pukul 5 pagi. Setiap pagi aku excited gila sampai bangun pagi pun senang sebab terlebih excited. Pukul 4 lebih macam tu bangun solat Subuh lepastu siap² mandi terus kejutkan yang lain. Perasaan excited tak boleh nak control dah ni sebab tak sabar nak tengok kucing hehe. 🐈

Dari keluar rumah kami meredah hujan ye. Nasib baik depan tempat tinggal kami tu ada Family Mart. Dapatlah beli payung cantik harga 560 yen tu 😅

Tiket Train kami dari Hakata → Fukkodai- Mae



Jadi tempat pertama kami untuk hari kedua jeng jeng jeng .......

Ainoshima Island


Atau lebih dikenali dengan Cat Heaven Island. Sebab kenapa dipanggil Cat Island sebab kat sana banyaaaaaaaak gila kucing. Kau bayangkanlah kau datang pulau kecil yang penuhhhhh dengan kucing(s). Kat mana² je ada kucing.

Sumber dari : https://en.m.wikipedia.org/wiki/Ainoshima_(Shingū)









Kalau korang nak tahu lebih detail boleh mintak tolong abang google ye 😊

Kalau dari tempat tinggal kitorang, perjalanan ambil masa dalam 2 jam. Okaylah aku bagi korang contoh macam mana nak cari dekat google maps ye. Mudah je.

Okay yang ni aku search dari Hakata Station - Ainoshima Island.










Dari Hakata naik bas ke Tenjin pastu berjalan lagi kena cari Tenjin Chuo Yubinkyoku- mae.

Dari Tenjin Chuo tu kena naik bas lagi ke Tolubetsy shien pastu tukar pergi naik bas lain pulak. Macam tulah seterusnya.







Tips : Kalau anda semua tak tahu, jangan malu-malu nak bertanya. Nanti sesat , susah pulak.


Ha lagi satu. Kalau lah (kalau, tak doakan)  terlepas bas subway ataupun ferry jangan risau. Kat google maps ada masa next bus, subway dengan ferry. Semua masa benar tak ada janji melayu kahkah. Contoh macam Bas, dia ada masa² nye. Macam mana korang nak tahu korang kena bayar berapa. Aku akan buat kat next entry ye. Doakan aku rajin selalu. Okay. Macam nilah masa bas dia.


Kalau mana yang ada nama tempat korang. Itulah dia. Kalau korang tak pasti. Tanye ke orang yang ada kat situ. Tunjuk je nama bus stop korang tu.

Kalau ferry pulak macam ni.




Last Ferry 6.10 pm. Make sure korang kena balik masa tu sebab memang taka da ferry melainkan kalau korang nak bermalam dengan kucing² kat sana . 😂

Tambang ferry pergi sahaja 460 yen kali dua untuk balik dalam (okay jap cari calculator. Math failed). 920 yen (RM 37.00) . Nak senang kan korang, beli je tiket balik jugak. Sama je harga.


Masa tunggu bas nak ke tempat Ferry tu, hampir sejam jugaklah nak tunggu mungkin sebab tak banyak bas nak ke sana. Dan mungkin masa kitorang baru nak sampai bus stop tu, dia dah pergi dulu. entahlah. elok jugak, boleh ambil gambar banyak2. Depan Family Mart pun jadilahh nak oii.





Acah2 ambil gambar waktu bas walaupun tak faham 

Gambar kami bertiga dibantu oleh tongkat kamera phone ni. Murah je beli kat Kedai Ustaz RM 20
Ain dah start kacau shawl aku dah hahaha
okay gambar ni paling lawa. Sebab semua tengah happyyy 😁
okay dah habis kita wefie. Tanya orang local macam mana nak pergi ke Ferry. 



Satu benda yang aku paaaaaaling suka Jepun ni, orang2 kat sana sangat suka tolong, kalau kitorang tanya je 'ni kat mana' dia akan cuba tolong kami. Masa first day kitorang, kitorang bertiga langsung tak tahu macam mana nak bayar tiket bas, macam mana nak tahu tambang semua. Dia ajarlah kami satu satu. Nice kaaan. Wlaaupun semua yang kitorang tanya tak semuanya boleh berbahasa Inggeris, tapi dorang cuba jugak tolong. Hmm tetibe rindu.

Bila bas dah sampai, tak silap aku NO BAS yang ke Ferry tu NO. 1. Kalau ada bas No 1 korang terus naik okay? Tapi bas ni lain sikit. Kita kena bayar dulu 100 yen baru boleh duduk. Macam bas sebelum ni kita duduk dulu baru bayar. Kitorang sampai je tempat tu, drebar bas tu suruh turun and dia tunjuk arah ke Ferry jalan kaki. Tak lah jauh sangat jalan kaki ke tempat Feri tu. Tak terasa jauh sangat sebab pemandangan , perumahan kat situ memang sedap mata memandang. Memang rugilah kalau korang datang mana mana tempat Jepun tak try jalan kaki. Serius.


Masa ni ingatkan kena tunggu bas rupanya kena jalan kaki 😂😂


Bila dah sampai tu kami kena tunggu sekejap sebab tunggu Ferry datang. Waktu dia korang boleh rujuk pada gambar atas. Jangan risau macam biasa Jepun ni negara yang bukan janji Melayu. Kalau pukul 11 dia datang, memang 11 lah dia datang. Kalau lain pun dia awal kan je. Aku rasa tak ada istilah lambat. And Feri pun dah sampaiiii. Tak sabar nak jumpa kucinggggg.



Yayyy dah sampaiiii !!!!!




Sampai je sana terus nampak berlonggok kucing . Rugi sebenarnya tak bawak makanan kucing sekali. Sebab haritu aku ada buat research ada nampak signboard kat website dia yang tak boleh bagi apa apa makanan kat kucing. Bila nak bagi kat kucing2 ni dorang tak ada pulak jual kat situ. Tak sure kalau penduduk sana ada bagi makanan ke tak. Kalau aku diberi peluang lagi datang sana, aku nak bawak makanan kucing untuk dorang semua hahaha


Malas nak cerita panjang-panjang. Tengok sendirilah gambar yang aku ada ni 😊😊



dik,kucing tu nak terkam awak. 
Janji kita Happyyyy ♫🎵♫🎵
Baru sampai dah kena marah LOL



sejenis yang pantang jumpa kucing

aku cuak sebenarnya nak bergambar kat sini. sebab aku ingat kubur 
we okayyyyyy

menung apa tu senahh
orang belakang tu ok ke ? 😛
ain dan frame kucing
300 yen satu keychain comel ni RM 12 kalau duit kita
Nyesal tak beliiiiii 😢
tempat wajib bergambar bila datang Ainoshima Island


Masa kami nak ke Ferry, memang hujan lebat pastu nampak la sekumpulan kucing comel ni tengah berteduh. Sebelum hujan  aku nampak ada yang bergaduh pastu elok pulak duduk sama sama. 😂



Bila dah puas jalan kat Ainoshima Island ni kami bertiga terus naik Ferry lepas beli tiket. Hujan pun makin lebat. Nasib baik kami bertiga ada bawak payung sekali. Tak sia-sia lah asyik pegang payung je setiap masa hahahah.

Masih ada masa untuk haritu jadi kami bertiga decide nak pergi Canal City Hakata nak cari souvenir kat sana. Mall ni memang dekat sangat dengan Hakata Station. Kami bertiga keluar je Hakata Station lepas turun dari train and then kami bertiga jalan kaki ke Mall.




Macam biasa, Jepun takkan lari dengan animasi comel ni. Kalau korang nak beli barang animasi Jepun tu kat sini lah tempat dia. Cari mall CANAL CITY HAKATA. 

tu bukan aku. hahah









 Dah penat berjalan kita makaaaaaaaaaaaannn.

Pizza Shrimp yumeeehh

Okay meh sini aku kongsikan bajet kami untuk hari kedua. ⬇⬇⬇


SENARAI BAJET YEN UNTUK HARI KEDUA
  • Transportation (Bas /Train) : kurang dari 1000 yen (untuk satu hari perjalanan)
  • Ferry Ainoshima Island : 920 yen (pergi dan balik)
  • Entrance Fees : FREE
  • JUMLAH : 1920 yen / RM 75 (untuk perbelanjaan sehari perjalanan)

Bajet kat atas ni tak termasuk dengan makanan yang kitorang beli. Biasanya, air mineral kat vending machine tu harga dia dalam 110 yen (RM 4.00). Agak agak makanan dia berapa pulak? hahah


Okayy sampai disini, segala informasi yang aku boleh kongsi.

Eh tungguuuu

Aku nak kongsi HARI KETIGA pulaaaak !!


Terima kasih sudi baca. ❤

Love,

N A B I L A 


Kepada sesiapa yang belum lagi baca pengalaman  untuk Hari Pertama kami ke Fukuoka. Klik sini ye



My best travel buddy  ❤❤❤