Join Unicorn Sparkle Run 2019 with my sisters!

October 20, 2019

Assalamualaikum,

Aku sangat teruja nak simpan pengalaman manis dekat dalam blog kali ni.



Harini (19 October 2019 / Sabtu) ,

Buat pertama kalinya, aku join larian macam ni. Selama 27 tahun ni, aku malas nak berlari kecuali masa merentas desa masa sekolah rendah dengan sekolah menengah. Masa merentas desa memang aku kaw kaw la semangat sampai nak dapat no TOP 10. Alhamdulillah dapat la jugak top10  dua tahun. Hadiah nye medal je pun, tapi aku punya semangat nak achieve tu lain macam. Kenapalah sekarang ni aku tak ada semangat tu dah.

Jadi untuk pertama kalinya, aku join. Mula-mula adik aku yang ngajak sebab excited Unicorn beb comel kot. Pastu tunjuk medal dia pun masyaAllah comel gilaaa. Dengan kena pakai tutu dengan rambut afro. Menarik gila. Kitorang semua kena keluar awal pagi sbeelum subuh sebab dari rumah kitorang ke Kepong Metropolitan Park tu sangat lah jauh. Adalah dalam masa sejam lebih baru sampai. Alhamdulillah sempat solat subuh dengan adik-adik aku berjemaah dekat Masjid dengan jemaah lain juga. Perasaan berjemaah waktu Subuh sangatttttttt seronok. Dah lama gila tak solat subuh berjemaah (ya ampun terasa keinsafan mengalir dalam jiwa). Last solat jemaah pun masa Qiamullail 5 tahun lepas. Astaghfirullah. 😓

Dah solat subuh kitorang pun singgah lah sekejap 7 Eleven. Beli lah makanan untuk sarapan. Tapi tak makan pun. Sis tak sangka boleh lari tapi tak sarapan. Sis bangga tetibe dengan diri sendiri. Tahu jelah kalau aku tak makan emosi aku macam mana hahaha.

sampai Kepong dalam pukul 6.40 pagi

Cerita dia aktiviti berlari start pukul 7.00 pagi tak silap. Tapi kitorang dari parking ke tempat start ni je dah berjalan jauh. Sampai halfway nak ke Start dah mula lari dah sebenarnya. Bila sampai tempat Start tu kena terus lari tak payah register ke apa hahaha. Sis ingatkan kena register tu yang lurus pergi tempat start ni. hahahha.


Nampak budak pakai Tutu comel gilaa, Tapi budak ni dah lari dulu dah masa aku nak ambil gambar. Huhu

Finally sampai juga tempat penamat tu. Haaihhh dia punya melecet jari kaki aku ni tak terkata. Gagah kan jugak nak berjalan. Adik-adik aku dah kedepan dah. Aku je kat belakang sebab melayan betapa sakitnya jari kaki aku waktu lari. Nak berjalan pun susah.


And.........


Finallyyyyyyyy..........

 Alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga habiskan 5km berjalan berlari 😂

Yong, Uda, Alang, Andak

Alang, Yong, Andak

Masa lari tak ada hati langsung nak ambil gambar gula-gula ni. Dah habis baru kita boleh ambil. hehe

Excited sampai rasa nak menari LOL
Okayy sampai rumah badan semua sakit-sakit. Hahahah, Tapi best gila lepas ni nak join Run lagi.

Ada sesiapa nak ajak sis?