Friday, June 29, 2012

"tabahkan hatimu sahabat"

Assalamualaikum.

bismillahirrahmanirrahim.

pada pagi rabu lepas (27/6/2012), aku dikhabarkan berita sedih tentang pemergian bonda tercinta sahabat baik aku, saudara ku juga - Maryam- bertemankan Al-Fatihah dan juga yassin aku sedekahkan untuk bonda tecinta kepada maryam. tabahkan hatimu sahabat. aku tahu perit untuk menerima. aku tak pernah merasainya. lagi perit menerima khabar pemergian orang yang kita sayang,mengandungkan kita, melahirkan kita,mendidik kita. Allah menguji ketabahan dan kesabaran mu Maryam. Kami ada disisi mu maryam, kami sahabatmu, akan terus berada disisi Maryam. InsyaAllah. tentu hikmah bersembunyi di sebalik semua ini. Allah Maha Mengetahui. pada mulanya, aku sendiri tak percaya dengan khabar duka ini. segalanya sudah tertulis sejak azali lagi. pada keluarga Maryam, pakcik, kak hajar, maryam dan nabilah juge. tabahkan hati mu.  



"tabahkan hatimu sahabatku Maryam, Allah ada bersama mu. InsyaAllah" 

buat Maryam, maafkan mak long sebab tak dapat hadirkan diri, hanya mak saja yang datang. aku harap. aku dapat datang dan ada disisi maryam untuk mendengar segala luahan maryam. tapi, Allah merancang segalanya.maafkan aku :'( 

wassalam..

2 comments:

khairul fatehah said...

terima kasih mak long atas doanya :')

nabila said...

sama-sama maryam sayang. :')