Monday, April 22, 2013

materialistic

Hai ///

Materialistic tu sejenis perkataan yang telah dikimiakan oleh sang hati yang cintakan harta dunia. 

K mengarut.

ang boleh google sendiri kot. tak payah nak aku jelaskan terperinci sangat. aku ni bukan sasterawan negara nak define apa apa makna. cakap pon merapu. Haha. aku rasa orang dah tahu kot maksud 'materialistic' walaupun bukan secara specific tapi of course la korang dapat agak kan kan kan. 


tak de kaitan langsung dengan gambar yang kat atas. malas nak membuang banyak masa dengan mencari satu gambar. Harooom. K sambung lagi. maybe ada lagi yang jenis materialistic macam dalam tivi tu. maksud aku. memilih dari segi kawan. pasangan. anak menantu dan macam macam lgi. macam contohla kan. kita nak mencari kawan. kawan tu mesti kaya. ternama. k cliche sangat. 


okay macam nilah. tak payah nak memandang pada harta pulak. memilih tu. bagi aku. kalau Allah nak bagi orang kaya jadi papa kedana pun boleh jadi jugak. ( alah, tak de nye kaau dah jutawan tak de nye jadi papa kedana) -- suara sumbang siapa yang cakap macam tu. Rezeki tu semua dari Allah. misal kata kalau Allah kata benda tu  akan jadi, jadilah ia. melainkan korang berubah. pastu contoh lain pulak bila ada parent yang nakkan bermenantukan orang kaya, anak datin wannabe anak dato, anak sultan, anak anak anak whateva !


aku tak tahu benda ni wujud lagi ke tak. of kos la pemikiran mereka ini harus dicuci dengan clorox. ada jugak aku dengar cerita dari kawan aku. ada sorang perempuan ni dah nak tunang dengan lelaki ni. tapi bila sampai mak lelaki tu pulak, mak pada lelaki tu melarang sungguh. katanya nak menantu orang kelantan ke terengganu ke. at last. perempuan ni tak kawin dengan sesiapa pun sampai sekarang. kesian kan? ada jugak mak yang nak anak dia kawin dengan negeri yang mak dia nak. mohon insap. maybe perempuan tu akan dapat jodoh yang terbaik. Allah bagi apa yang terbaik untuk hamba-Nya. ye tak? 


kenapa mesti materialistic? 

aku rasa loya bila segelintir orang yang teruja berkata berapa tahap harta. Loya aku. sangat !. tolonglah  takperlu kot semua tu. sementara je tu. memang duit tu satu benda yang mesti kita ada. belajar pun kena guna duit. beli barang pun kena guna duit. memang konklusinya duit ni sangat penting pada hidup kita. yess ! 

aku rasa tabik spring sangat kat orang yang tak kisah dengan semua tu walaupun mereka dalam golongan berada. tapi dorang tetap rasa rendah diri. *senyum lebar lebar* 


Kay, aku rasa macam panjang sangat pulak. so, kita berenti la sampai sini. untuk kesempatan. maaf atas kesilapan kalau rasa termakan cili dan pedas dan terasa. ini random. tetiba ada ilham pulak nak cerita pasal ni. maaf ! 


K the end\\\\\

No comments: