Sunday, April 21, 2013

DAY 1 #penang

Hai ///

sejujurnya, kali ni first time aku jejakkan kaki ke Pulau Pinang. sebelum ni dengar cite macam tu je. naik feri , pokok pinang la apa la. tapi sekarang, aku merasa sendiri macam mana rasanya bila kaki ada kat sana. Eh ? okay abaikan. ofkos la rasa seronok. lagi lagi bila ayah ngan mak dah bagi green light. aku mana la penah pi jauh jauh travel  (ceeh. travel) ngan kawan kawan. kalau sekadar rombongan diteman cikgu tu tak yah cita la. tu ofkos la parent aku bagi. tapi Alhamdulillah. kali ni boleh la aku bukak mata beso beso. tengok lagi banyak benda yang menarik. Cehhh.


plan travel ni memang dah lama. memula excited gila nak pi. serius excited gila. sampai mandi tak basah. makan tak kenyang. JATUH CINTAK ! K kaitan sangat. macam macam kitorang rancang. nak pi kelantan la. tapi kira ni majority  undi la. so, penang jadi pilihan. lagipun ada orang sana yang nak guide kitorang. so, semuanya jadi mudah! :)

7/04/2013 - Ahad 

lepas asar aku dah gerak dari rumah sebab naik train start pukul 11.00 malam. dengan perasaan teruja dan gumbira yang menguasai seluruh jiwa raga. semua kesusahan diketepikan. agar kita boleh jadi orang tersenyum. K.

abaikan segala yang sedikit puitis tu. kalau rasa nak muntah. jangan muntah depan laptop. masuk kelinik kang. nanti salah cik ilham pulak (IT'S ME!) . bahaha

so maghrib macam tu aku baru sampai KL Sentral.. Ain, Madihah ngan senah dah jadi penjaga kat keyyel sentral dah. dah lamo rasanya dorang kat keyyel sentral. hihi. so, kitorang pun tunggu yang lain gerak sampai keyyel sentral. sampai je keyyel terus merobek burger king. lapar giloss.  bila dah ngap ngap dengan puas. baru la boleh jalan jalan dengan perut senang. so, berkampung la kami dekat keyyel sentarl. disebabkan train kitorang delay jap dah nak dekat setengah jam jugak la. dalam 7 orang tu ada seorang member yang akan duduk seorang diri atau duduk dengan orang tak dikenali. dan orang itu aku. itu sebenarnya yang aku takutkan. dari awal asyik cakap je nak duduk ngan wafa. last last aku yang kena duduk ngan orang lain. hameek kau. berlagak lagi.

bila aku dapat seat seorang sorang. aku berlagak dan berkata " boleh lah aku baring tido sepuas puasnya" berkata aku kepada wafa. last last wafa yang gelakkan aku. haha. rupanya ada orang yang duduk sebelah aku. lelaki pulak tu. aku malas betol. dah la 7 jam kat dalam train. kau tahu 7 jam tur asa macam mana. rasa macam 7 tahun.

K

aku tak nak teruskan babak seterusnya. sebab bila aku ingat balik rasa macam nak tutup muka dengan topeng tebal. serius malu. HAHAHA. K. 

ni ada sikit gambar.

time ni teuja dah sampai. macam harry potter gitu.



artis kau kak jemah. aku PA dia. Bhaha


muka baru bangun tidur. cover sikit. HAhA

Yeahh ! atas ferry eh. dalam ferry. mana mana la janji ferry. 

excited nampak ikan kecik kecik kat dalam laut tu. :)

Lepas dah makan sarapan je kat tepi jalan. kitorang tunggu la member yang tak sampai lagi. then, bila dah settle semuanya. kami berangkat la menaiki ferry. WEEEE ~

K nanti aku sambung lagi. tak banyak gambar time ni. malas nak ambik gambar bebanyak. camera tak cantek. hihi :D

maseh baca blog kita :)


bye/////

No comments: