Thursday, May 16, 2013

terima kasih, cikgu.

Hai ///

16 / 05 / 2013 

hari ni, sambutan hari guru. so, silalah beli hadiah untuk cikgu kesayangan anda. hewhew. itu sebab nak jimat duit. kalau beli hadiah untuk semua cikgu. bagi je karipap sorang sebiji ke dua biji ke. simple kan. ikhlas kan.  aku main main je. sebab tengok drama melayu lelebih. haha

disini, saya nak ucap kat cikgu cikgu yang pernah ajar saya. saya tahu cikgu cikgu mana baca blog saya. saya tak pemes macam fatin suhana, fatin liyana, yuyu zulaikha, hanis zalikha dan lain lain. mereka sangat ohsem. serius. k lari tajuk.

aku geledah bilik aku cari photo album. pergh. penat mencari rupanya adik aku simpan album aku tersorok. ish ish. pastu disebabkan laptop aku ni haa windows 8 yang dulunya berlagak dan seronok sangat nak guna. sekali part printer susah nak handle. haa kau. seronok sangat.



hai, cikgu sk jaya setia. terima kasih cikgu sains, matematik, bahasa melayu, muzik, pendidikan islam, pendidikan seni, jasmani, geografi, kemahiran hidup, dan semuanya. :)

saya suka cikgu pendidikan seni . cikgu fatimah dgan cikgu juliana sebab suka subjek lukis lukis. dan sebab cikgu la aku terpilih masuk pertandingan seni anti dadah. kena lukis anti dadah bagai. last last tak menang. haha

tak lupa jugak untuk cikgu cikgu praktikal. sampai boleh jadi kawan. yang paling bestnye. ada sorang cikgu praktikal aku ngan dia macam adik abang la gituw. setiap malam call rumah sampai ustaz tu pindah. sampaikan mak aku dah tahu  ustaz tu selalu call rumah. nasib baik tak kena marah. lulz. tapi itu dulu la. zaman darjah tiga. sebab tulah kot ada sorang kawan perempuan aku ni benci sangat aku berkawan dengan lelaki. k dah meympang cerita.


sebenarnya ramai jasa cikgu sekolah rendah nak taip. tapi tulah tak tertaip. haha. yang penting. doa untuk cikgu cikgu sentiasa ada. TERIMA KASIH CIKGU. :))


sekolah agama menengah jeram. assalamualaikum ustaz dan ustazah! selamat hari guru.

banyak nak kata tapi jasa cikgu semua jadi speechless. terlalu banyak pengorbanan cikgu yang diberi. dari segi keluarga, masa, dan semuanya. dalam family aku pun ramai yang bergelar guru. mak aku cikgu, mak jah ayah a'an, mak usu, cik ita, kak ani, mak jah, arwah wak masrah (al-fatihah), kak teh, kak zu, ramai lagi sampai aku tak leh nak sebut yakni taip. tapi bagi aku, cikgu ni perlukan pengorbanan yang tinggi. kesabaran perlu ada. mak aku memang minat sangat jadi cikgu. sampaikan mak aku dapat tawaran kerja yang lagi bagus pun mak aku tolak. sebab mak aku kata. lagi best kerja cikgu. kesabaran bila mak ayah pelajar lain menghamburkan kemarahan sebab kesalahan anak mereka pada cikgu . tapi cikgu yang kena marah.

alahai.

aku pun tak tahu nak taip apada dah. patutnya aku kena siapkan lunch sekarang. tapi tak start2 lagi. okay. thanks for reading. :)

bye//

No comments: