Travel ke Fukuoka cuma kurang dari RM 2000

October 8, 2019 Fukuoka, Japan


Assalamualaikum yang rajin baca blog kita nii - tak nak jawab salam tak apaa elok jawabb haha 💜

Thanks to my jerawat sebab nampak macam neelofa pulak eehhh perasan hahah


Post yang lepas aku ada berkongsi berkenaan dengan itinerary dari Hari Pertama sampai Hari Ketiga di Fukuoka. Korang boleh klik link di bawah ye :

Kali ni, aku nak berkongsi in term of transportation, accomodation, dan nak share sedikit tips berjalan di Fukuoka ni. Untuk pengetahuan semua, trip kami ni memang hasil research dari abe google. Aku dapat tahu yang Air Asia baru je buat direct flight ke sana sebab sebelum siapa nak ke sana kena Transit. Lagi lama lah kalau transit ye daak ?.Tapi kali ni AA ada direct flight ke sana plus AA ada jual ticket flight promo haritu. Memang berbaloi habissss. Memang satu perkara baik sangat bila Air Asia ada buat direct flight ke Fukuoka sebab banyak tempat menarik kat sana. In term of perbelanjaan, Fukuoka tak mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan Osaka. Tapi pada aku, Fukuoka ni banyak tempat yang nature yang memang 'hidden gems' di Fukuoka. Kalau korang semua ada peluang bercuti kat sana dalam tempoh yang lama, dan ada bajet banyak sikit pergi lah Beppu, Oita dan lain- lain. Serius, korang takkan menyesal. 💞

Disebabkan ini adalah based on our experiences kat sana. Maaflah kalau ada kekurangan. Kami semua pun first time travel ke Japan. So satu hape pun tak tahu. Tahu nye cerita dari pengalaman orang lain. Kali ni aku nak bercerita pengalaman aku pulak. 

Untuk duit belanja kitorang cuma pakai 25,000 yen = RM 966. Pada mulanya nak bajet RM 2000 tapi saja cabar diri sendiri guna kat sana tak sampai RM 1000 pun tapii tak termasuk ticket flight dengan Accomodation tauu. Cuma duit belanja je yang bawah RM 1000. 


Nak tahu macam mana kitorang bajet?

Okay baca sampai habis. 

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️


1. Flight Ticket


Thanks to bestfriend aku, si Senah haha sebab tanpa dia yang alert dengan ticket flight AA promo ni tak terjadilah trip kami ke Fukuoka ni. Lagipun masa tu ticket flight ke Fukuoka sangat lah murah. Return flight maksud aku pergi dan balik boleh dapat hanya RM 650 SAHAJAA. Murah kaaaaan. Memang tak plan pun nak ke Jepun sebab aku sebenarnya cuak jugak la nak buat itinerary sebab aku pun jenis yang tak pernah ke sana. Kalau negara yang aku pernah pergi tu aku confident la sikit nak buat itinerary. Jadi kalau nak tiket murah rajin2 kanlah diri anda untuk usya tiket AA ye. Tak pun usya je dekat Skyscanner hihi 


2. Tempat tinggal

Kami cari tempat tinggal kat website AirBnB. Tapi tempat tinggal kitorang ni jauh dari Hakata Station. Aku sarankan siapa nak ke sana nak senang cari je hotel atau airbnb area Hakata sebab senang. Dari segi bayaran untuk hotel atau mana-mana Airbnb tu agak mahal sedikit berbanding dengan tempat tinggal kitorang ni. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kawasan yang dekat dengan subway dan transportation lain. 👅








Kalau korang berminat boleh terus click link ini untuk booking ye 👉👉 sini

Dia punya tempat sumpaah tak tipu. Selesa bangaaattt. Bersih bangeeett and lagi satu rumah ni kat tingkat 2. Bawah ada kedai makan roti canai hahaha tak lah ada kedai makanan india . Haritu kitorang adalah jugak berangan nak makan situ tapi tak kesampaian. Lagi satu, tempat Airbnb ni dekat sangat dengan Family Mart, Dobi, dengan Groceries Shop. Jalan kaki je dah sampai.

Okay nak cerita lepas korang booking tu and dah bayar, dia ada bagi satu doc dalam bentuk pdf. Kat situ lah panduan macam mana nak ke tempat tinggal dari Airport Fukuoka and kat mana owner letak kunci tu. Korang takkan berpeluang nak jumpa owner dia. ahhah. Yang bestnya, rumah ni pun ada wifi. So korang tak perlu risau mana nak cari line internet. Everthing is perfect !!

Okay total untuk 4 hari 3 malam kitorang kat sini dalam RM 881.47/per rumah. Jadi kalau dah dibahagi dengan 3 orang. Seorang cuma bayar 293.82 / Person !! Pada aku ni dah kira murah lah berbanding dengan hotel. Alaaahai kalau nak travel budget tak payah pi tempat fancy2 sangat asalkan korang selesa ada dapor boleh masak maggi dah cukup. HIHIHIHI

3. Pengangkutan Awam

Bercakap pasal transport ni, aku seriussssss jadi stress bila nak arrange transport sana. Sebab bila kau nak buat research kat Malaysia pastu nak cuba tengok Google Maps naik subway sampai mana. Naik Bas sampai mana. Seriuss tak ada, maksud aku TAK BOLEH NAK SEARCH. So aku dengan kawan-kawan aku pasrah nak tunggu sampai sana baru fikir macam mana nak cari jalan ke destinasi yang kitorang dah plan.

TAPIIII.. 


Sampai Fukuoka sana, everything jadi smooth gilaa tak ada salah naik transport semua kecuali salah pantai jelah masa first day kat sana. Tak boleh nak buat apa dah lah hahaha (baca sini)

Kalau korang open apps "Google Maps" kat handphone korang dah cukup dah. JANJI ada internet okayyy. Haa lagi satu, bila korang dah guna 100% public transport, korang akan banyak berjalan kaki.

Tips mengelakkan kaki anda mengalami kesakitan sebab banyak berjalan : 


  1. Pastikan korang pakai kasut yang sesuai, selesa dan sebagainya. (selesa sampai korang boleh berlari kehulur kehilir) 
  2. Pastikan korang tak bawak sangat barang yang banyaaakk. (ada sesetangah orang -macam aku - kalau boleh nak bawak semua barang. Ikut keselesaan korang jugak ye)
  3. Pastikan korang MAKAN ! (kalau tak makan macam mana nak jalan dik oii) 
Okay bayar untuk bas ni ada dua cara  ⤵️⤵️⤵️

  • Guna kad (ala ala macam kad atm). 
    • Aku sarankan korang pakai kad yang nama dia Nishitetsu. Sebab mostly korang akan pakai bas under Nishitetsu ni. Sorry sangat, pasal ni aku tak tahu nak explain lebih sebab kitorang tak pakai dan tak reti pakai. Hahaha. Apa pun jangan risau, google kan ada.

  • Guna Duit Syiling Yen
    • Kalau korang dah naik bas, tetiba tak ada duit syiling yen. Jangan risau, kat sebelah driver bas tu ada disediakan mesin tukar duit syiling. Meh aku tunjuk cara. 


💭 Yang pertamanya, korang akan masuk melalui pintu yang kat belakang. Depan untuk keluar tau. Sebelah kanan/ kiri ada mesin keluar kertas comel ➡️ Ambil kertas comel tu➡️ And then, ada tertera nombor berapa kat situ. Simpan jangan hilang tau. 

💭 Langkah yang kedua, nampak tak  ada macam tv kecil kat atas tu, Kalau no korang 1, korang kena tengok jadual yang kat monitor tu nombor satu. Semakin jauh tempat yang korang nak tuju, semakin bertambah la bayaran yang korang patut bayar. 

💭 Yang ketiga, jangan risau kalau duit syiling tak cukup, boleh tukar 1000 yen (duit kertas) atau 500 yen (coin) dekat mesin yang tunjuk No-3. 

💭 Yang ke-4 , dah sampai tempat yang dituju, korang cuma berjalan ke depan dan masukkan duit syiling dalam mesin (macam zaman dulu punya bas masukkan duit syiling dalam mesin tuu)

Kalau macam bas kat bawah ni. Bas menuju ke Shingu Ferry, korang hanya perlu bayar 100 yen sahaja. Yang ni kena masuk ikut pintu depan ye. 


Contoh tiket subway


4. Internet

Yang ni memang benda wajib yang korang tak boleh tinggal !

Tanpa 'dia' siapalah korang sebagai tourist haaa gitueeew. Internet la dia tuwww. Okay kitorang ada sewa pocket wifi.

Kitorang guna dari hari first day sampai last day kitorang kat Fukuoka, Alhamdulillah tak ada masalah melainkan bateri habis bila kena berkampung kat luar Fukuoka Airport. Serius weehh krik krik. Satu hari unlimited. Lepastu laju gila senang nak upload bagai semua.

Total Amount untuk 4 hari ( 25 Aug - 28 Aug ) : RM 120

Kalau per person cuma : RM 40/seorang (kalau berkongsi ye. Ini dibahagi 3 orang)😀

Boleh click here untuk details Roamingman
Senang je. Masa korang nak depart sebelum tu kena ambil dulu Pocket Wifi yang comel ni dekat KLIA2 (departure level, area Siti Khadijah). Bila korang dah sampai sana, dorang akan bagi panduan macam mana nak guna. Okaaay ?

5. Makanan / Minuman

Kalau Jepun ni, popular dengan "susah cari makanan halal". Aku sebenarnya tak boleh nak komen lebih la pasal ni bila korang dah ada kat luar negara. Tapi kalau sesiapa yang was was 24 jam boleh lah bawak makanan instant banyak-banyak dari Malaysia. Tapi bab imegresen sangkut ke tak? Sis tak pasti yang itu. Sebab makanan ruji kitorang kat sana cuma Maggi je. Maggi kan makanan kegemaran orang Malaysia. Apa salahnya kan kalau makan maggi setiap hari. Hahahah. Ada lah kitorang beli telur ayam kat groceries shop depan Airbnb kitorang. Boleh lah masukkan dalam maggi kitorang tu. Adalah penambah rasanya. Haa lagi satu korang kena rasa telur ayam diorang. Sebab rasa dia lain wehh. Tak tipu. Bagi aku, aku boleh makanlah. Tapi sahabat aku sorang tu tak boleh telan katanya. Hahaha. Depends jugak  taste korang. Tapi kalau korang buat research untuk halal restaurant. Ada je.
Boleh klik sini. ⬅️⬅️

Kalau minuman pulak untuk air mineral kat sana berharga 110 yen bersamaan dengan RM 4.30 - aku sarankan korang masak je air kat hotel atau airbnb korang bawak jelah botol kosong. Kalau nak jimatlah.

6. Entrance Fees

Sebelum korang kesana, make sure korang tahu tempat mana yang ada entrance fees. Kalau nak redah pun boleh je sebenarnya. Sis sebagai seorang perempuan yang sangat teliti supaya tidak menggelabah di kemudian hari. Sis cari jugak kat google. Hihihi.

Disebabkan kami pergi tak banyak tempat. Cuma satu tempat je yang kena bayar iaitu dekat Nokonoshima Island. (boleh baca post sebelum ni atau klik sini je

Jadi jimatlah di situu..

So.. aku dah rajin gila nak edit Budget ni, silalah tengok ye hahah.


Jadii lebihnya buatlah shopping makan makan beli cekelat walaupun cekelat tu dari Family Mart jeww hahaha. Cakap pasal Coklat. Aku jatuh cinta gila dengan coklat ni.

Coklat ni aku paaaaaaallliiing suka sampai tak sampai hati nak makan yang last. 

💔💔

Pada aku ni coklat paling muraah la kat sana hahaha

Ni pun sedap gilaaaaaaa ! 
 Sampai Malaysia, aku adalah bawak duit lebih sebab duit Malaysia aku dah habis daah. Dapatlah dalam RM 200 boleh lah buat belanja. Hahaha.

Alhamdulillah selesai semuanyaa. Kalau ada pertanyaan boleh terus komen okay. Kat sini aku nak share TIPS EXTRA & TEMPAT YANG PATUT KORANG PERGI BILA SAMPAI JEPUN. 


⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️



TIPS EXTRA

  • Bawa pakaian sesuai dengan cuaca (maklumlah Jepun kan ada 4 musim)
  • Kalau boleh jangan naik teksi. Takut lari bajet yang korang plan !
  • Disebabkan naik public transport. Sis nak sarankan korang elakkan pakai bag roda ye. Bawa backpack je terus. Senang nak angkut naik tangga bagai (sis belajar dari kesilapan lalu 😕
  • Sebab kan musim kat sana hujan memanjang. Payung Lutsinar dari Family Mart jangan lupa bawak ! - Payung jernih tu sumpah korang kena beli, Ditiup angin kuat macam mana pun tetap kukuh. Steady je wehh ! Kitorang ingatkan kitorang je yang jakun bawak payung ke Malaysia. Rupanya ada pelancong Malaysia pun beli juga sampai ambil masa nak check mana payung masing-masing 😂😂)

TEMPAT YANG KORANG WAJIB KUNJUNGI BILA SAMPAI JEPUN 

  • Kepada peminat cute stuff boleh pergi kat mana-mana Stationary Shop ke Jepun. Serius benda ni aku nyesal adalah tak pergi cari kedai stationary. Huhuhu 
  • Peminat anime dan hello kitty dll korang boleh melabur duit kat sini. Barang yang rare pun ada. 
  •  Singgah lah Muji Store kat Jepun. Sebab ada barang yang korang takkan dapat kat Muji Store kat Malaysia ni yee. (psst Canal City Hakata Mall ada taww)
  • Jangan lupa cuba makan Mee Udon dan Takoyaki ! (tak try yang lain pun tak pe, tapi yang dua ni serius korang wajib cuba!)

Thank You sudi bacaaaa 💗

aboya said...

so details... kurang 2k bajet dah boleh sampai japan ye... bagus ni

Nabilabee said...

thank you aboya sudi singgah blog saya. ye sis kena cuba pergi sana. memang boleh dapat bajet terbaik punya, 😍👍🏻

Cenah Cute said...

Next is koreeeeea hahaha