Sunday, March 6, 2011

TIPS:Bila tertekan..

Assalamualaikum.. 


Tips untuk totonan ramai ye..sesiapa yang rasa hatinya dilukai,disakiti.dinodai dan sewaktu denganya..boleh rujuk kat sini ye..hihi..bila hati dilukai..sesetengah orang dah tertekan sangat dengan apa yang sedang berlaku..bertindak di luar kawalan..macam cuba untuk bunuh diri..isshh..tak boleh tak boleh..berdosa tahu tak bunuh diri..tak sayangkan diri sendiri tu.. 

Okay..kita sambung ye..tapi tertekan  ni boleh berlaku kat sesiapa je..tak semestinya dalam hal percintaan je kan..dalam situasi kekeluargaan,persahabatan pun boleh tau..orang yang mengalami masalah ni merasakan diri mereka jauh dari orang ramai...macam tak dipedulikan orang..tapi sebenarnya orang yang tertekan ni yang merasakan diri dia tak dipedulikan oleh orang ramai..lalu bertindak diluar kawalan..atau terlalu banyak masalah yang membelenggu dalam fikiran.. 

Nak tahu cara hilangkan STRESS ?..meh sini..dengar baik-baik.. 

1-Menjerit 
 
Credit : 123rf.com

Jangan pulak korang menjerit kat tempat ramai orang..macam kat tepi jalan..memang masuk rumah sakit jiwa la..kalau nak menjerit kena ada tempatnya tau..tempat yang sunyi..luas..dan pastikan tempat memang indah pada pandangan mata..dan menenangkan diri,fikiran dan juga hati kamu..aku syorkan korang pergi pantai..tenang yang amat..lepas korang menjerit tu..korang dok la bertapa kat situ..dan cuba korang tutup mata korang..and cuba dengar bunyi apa kat sekeliling korang..memang dapat hilangkan stress la ..selesai.. 

2-Hang out 

Cuba lah keluar dari rumah tu sekali sekala..tak delah macam katak bawah tempurung..tak nak bergaul dengan orang ramai..cuba korang keluar sebentar..tapi jangan pulak korang gi tempat yang tak elok..lagi menambahkan stress ade la..korang duduk satu tempat yang selesa untuk korang duduk..pastu..korang perhatikan orang sekeliling..try ar hang out..ataupun korang ajak kawan korang..lagi seronok tau..hilang semua stress..hihi.. 

3-Melancong  

bagi   sesiapa yang mampu tu..boleh la rilekskan diri anda untuk pergi melancong..bagi yang girl diluar sana..seeloknya bawak la sorang ahli keluarga anda atau sahabat anda sendiri untuk menemani anda...janga berdegil untuk pergi seorang diri..nanti hilang kat sana..sape yang susah?..diri sendiri jugak tau.. 

4-Berkongsi masalah 

Part ni..memang aku suka..kita share problem kita dengan orang lain..pastikan orang yang kita nak share tu..seorang yang boleh dipercayai..carilah sesapa..tapi orang yang dipercayai ye..boleh juga kita share dengan mak ayah kita..adek beradik ke..kalau tak leh jugak..kita share dengan kawan kita..sesetengah orang tak suka berkongsi or bercerita kat orang lain..tapi sesetengah orang suka bercerita..tengok orang la..kalau ada masalah yang melibatkan perkara yang memang tak boleh berkongsi dengan sesiapa pun ada jugak..tapi pandai-pandailah untuk membezakannya.. 

5-Dengar Muzik 

Sesetengah orang suka dengar muzik bila stress..tapi ada jugak orang yang tak boleh dengar muzik..lagi menambahkan stress..ada juge..tapi..tapi..misal kata korang dengar muzik yang macam nada sedih tu..lagi menambahkan kesedihan dan kestressan korang ..cuba dengar muzik yang macam rock sikit..hihi..

Aku paling suka cara yang pertama..sebab aku selalu buat..tapi sekarang tak boleh sangat dah..sebab..sebab..itu lah masalahnya sekarang ni..hihi 

That's all for today..hihi..aku sebenarnya penat memrah otak..tapi kalau ada nak tambah apa-apa..silalah beri komen anda..boleh share something yang bermakna..THANK YOU..  

Wassalam..

3 comments:

_aLiaHwaFa_ said...

aku paling stuju no. 5. sbb tu yg aku slalu buat. nak jerit kang orang ingat gile plak ann. haha

Cikin said...

Selalu buat number 1 . Hahaha ,

~masithah hanis~ said...

no 2 ngan no 5..along suke buat:D