Sunday, April 10, 2011

Budak sekarang dah pandai dah

Assalamualaikum.. 

Okay..aku jadi bersemangat nak update blog ketika ini..haha..harap sangat para pembaca dalam sihat-sihat belaka..tajuk aku masa ni ''budak sekarang dah pandai dah''..bila cakap pasal zaman budak-budak..rasa macam nak jadi balik..time aku kecik-kecik..aku selalu main dengan adik aku..budak-budak yang selorong dengan rumah aku pun masuk campur sekali..lelaki pulak tu..tapi sekarang kalau jumpa shy shy gitu..haha..beselah tu..selalu budak lelaki kan da permainan yang dulu pernah famous..macam mana nak cakap ye..aku dah lupa la pulak..yang macam kereta F1 sikit tu.pakai bateri tu..okay aku dah lupa..ingat korang je ada..aku pun ada lah..haha.. sekadar bergurau..


Tapi bendalah tu kena sorok dengan ayah su aku..pak cik paling bongsu..bila dia nak kawin..baru dia bagi kitorang..macam wasiat la pulak..haha..okay..abaikan..haha..kita sambung title kita hari ni..macam -macam gelagat budak sekarang yang kita tak boleh buat masa kita zaman budak-budak..hisshh..tak kisah la sama ada benda tu menjurus kepada kebaikan dan juga keburukan..yang adik aku bongsu aku umurnya 4 tahun..dia kini digelar..cerdik IT..bayangkanlah..aku dah sorok folder yang agak penting kat laptop mak aku..folder penting tu game..haha..dia pandai carik..haisshh..tapi kalau laptop tu stuck terus tinggal macam tu je..tuing tuing.. 


Tapi aku ada dengar cerita budak kecik yang bawah 4 tahun dah pandai merokok..lepastu lepak dengan orang-orang besar..masya-Allah..apa dah jadi..mungkinkah salah budak ni atau ibu bapa..aku tak rasa salah tu datang dari budak tu..tapi didikan yang diberi oleh ibu bapa tu sendiri..budak budak ni kan suka mencuba benda yang baru..so..dia pun suka la tiru mak ayah dia..apa dah jadi zaman sekarang ni..so..pandai pandailah nak didik anak tu..*macam aku ni ada pengalaman la pulak*..abaikan.. 


Kalau budak kecik ke adik kita ke tanya kita sesuatu..jawablah engan jujur dan ikhlas..mesti dia dengar cakap kita kalau kita bagi nasihat dia elok elok..macam tadi mak ayah aku datang kolej ni..rindu kat aku la tu..hihii..pastu..aku pi temankan adik aku yang 5 tahun ni pergi tandas.. 

Dia pun tanya .. 

Adik Izza : yong,kita boleh masuk tandas mana -mana je ke?  

Aku :mana boleh..kalau izza perempuan kena pergi tandas perempuan..kalau izza lelaki kena pergi tandas laki tau..tak boleh main masuk..  

Adik Izza ;  [angguk] 

Soalan yang memang bagus..nasib baik dia tak tanya..kalau pondan nak masuk mana?..itu memang aku diam seribu bahasa la..haha..lagi satu..budak 7 tahun dah pandai drive motor..apakah?..time aku darjah 1 baru nak belajar naik basikal dari roda 4 jadi roda 2..dia dah naik kenderaan berenjin pulak..bukan tu je..boleh bawak motor kat sekolah rendah..aku bawak basikal je kot..zaman sekarang.. 


SO.conclusion nye sekarang..zaman dah berubah.,banyak yang berlaku..pandai -pandai lah nak didik anak tu dengan baik.jangan ajar mereka benda diluar syariat Islam..fikir-fikirkan..:] 

buku 555 :esok dah start sekolah kelas.. 
               :lagi barapa minggu je nak FINALLL..whoaaahh..:O 


..Wassalam..

No comments: