Saturday, January 31, 2015

Assalamualaikum untuk  semua reader(s) blog ni.


Lama sangat aku biarkan kosong tanpa berita dekat blog ni. Mencari arah tujuan hidop la katakaaan. Hahaha. Okay aku tengah serius ni menaip, macam macam idea datang ni.

Sejujurnya umur 22 tahun ni la aku baru merasa pengalaman kerja part time lagi time bergelar student ni. Selamani pernah je. Tapi tak bergaji. BERKIRAAA ! hahaha. aku first time jadi ustajah la kata kaaau kat sebuah pusat tuisyen ni, Faiza Jaya. Dah ada 10 cawangan dah weeh. Kalau ada anak jemput jemputla hantar anak ke sana. Macam adik aku sibuk mintak kat mak aku “mak nak pegi tuisyen” pergi sekolah pon malas apatah lagi tuisyen. Biasalah memula ajiiin angat nak gi dah lama lama malas dah. PERCAYALAH cakap kak yong kau ni. Bukan mak aku tak nak masukkan dia. Tapi sebab tempat tinggal kami jauh  pelosok kampong and then memang jauh la nak antar adik aku memalam gi tuisyen.

Memula sekali aku jejakkan kaki kat pusat tuisyen tu. Staf kat situ tanya aku ,

            “Ustazah baru eh” aku dalam hati aku ustazah.

Ohmaaai. Memang la ustazah lebih kurang sama dengan cikgu kaaan. Tapi aku rasa masih tak layak untuk menjadi ustazah. Berdebor jantung aku. Selama ni aku kena panggil sana sini sebagai ‘anak ustazah’ sekarang dah ada gelaran ‘ustazah’ kat sana la tapi. Berkat doa kawan kawan cikgu cikgu ustazah yang paggil anak ustazah koot. Tup tup jadi ustazah. Kahkahkkah.

Pastu first time aku asyik tersasul je depan student yang aku akak la pebenda la. Malu la sebenarnya, tapi cover malu weeh. Baru ni la aku rasa macam mana jadi cikgu.


Macam mana rasanya bila…….

+ student tak buat kerja sekolah ataupun malas ataupun mengelat nak buat
+main main dalam kelas
+ yang student tu buli student tu.
+datang belajar tak mandi (HAHAHAHA)
+anak murid yang lembut time kelas Quran tapi kelas Arab dialah paling bising ya ampunnn.


Macam macam jenis la sebenarnya. At lease aku belajar dari diorang bukan sekadar diorang yang belajar dari aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Itu lah hikmah tapi tak sampai sebulan dah rindu sangat ngan diorang. Keletah diorang. Seriuss.

Aku bukannya suka mengajar pon. Tapi bila dah ada pengalaman rasa nak mengajar mengajar sampai jadi bosan. Tapi aku tak bosan pon. Banyak benaw tapinya.

Aku nak jugak la mengajar kat sana lagi tapi sebenarnya masalah transport tu pon satu. Terpaksalah call pakcik prebet pergi balik, tak nak susahkan kawan sendiri hantar balik. Duit habis ke situ la sebenarnya. Hikmah tetap ada. Rezeki ada dimana mana kaaan.

Sampai sini jela aku membebel. Bila bila aku update pengalaman kerja partime #2 pulak. Hehehe.

Wassalam. :D


1 comment:

@cenahcenah said...

Good Luck Ustazah Beee!