Tuesday, April 14, 2015

habis belajar kau nak buat apa ?

Assalamualaikum, 

Sebenarnya aku bukanlah secara officialnya dah habis belajar. cumanya tambah praktikal je. moga tak ada subject yang kena repeat la hahahahambar. next week pulak. ceq berdebar sangat ntah kenapa ntah. maybe aku kat sana kena buli? maybe supervisor aku garang nak mampuh.? moga semuanya baik baik ajo. InsyaAllah :)

okay habis belajar aku nak buat apa. HMMM 

KERJA ATAU SAMBUNG BELAJAR ATAU KAWEN?

kerja. maybe YES. sebab lepas aku kerja part time aku rasa suka pulak cari duit. HAHA. yeee. lagi pon aku kena pikir tanggungjawab aku as anak sulung. berat tau jadi anak sulung, banyak benda kena buat. kalo dah keje nanti boleh la kurangkan beban mak ayah kat umah, boleh bagi sendiri duit belanja kat adik yang masih belajar, boleh bayar bil air eletrik. kalo boleh tak nak susahkan lagi la mak ayah. senang macam tu la. sebab selama aku hidup ni dah banyak benda aku susahkan mak ayah aku ngan adik adik aku jugak. bila umur dah 23 tahun ni kena pandai cari duit sendiri. moga Allah tunjukkan jalan. Semoga diperkenankan. InsyaAllah. 

sambung belajar, ramai pakcik makcik suh aku sambung belajar master. tapi sebnaranya aku tak pernag nak plan belajar tinggi tinggi. bagi aku degree ni pon dah tinggi. yeeeeaah i know otak aku cetek pikir macam tu. tapi cubala diri sendiri pikr, dah la time degree pinjam hutang ngan along. tak bayar lagi. ni nak belajar lagi guna duit. KALAULAH pendidikan kat sini percuma. ceq dah lama dah pasang niat nak belajar sampai tua bangka. OPS. tersasaul. alahai sebenarnya ilmu ni kita boleh dapat dalam bentuk apa apa pon. bagi aku tak pe kalau kau kejar ilmu dunia tapi jangan lupa ilmu akhirat. lagi baik kalau ilmu dunia ngan ilmu akhirat tu seimbang. kalau kita fokus kat ilmu dunia memanjang, kita punya ilmu untuk akhirat macam mana? dah sedia untuk mati ? ditanya dalam kubur ? haa. jap aku seklai insaf. Astaghfirullah :(

Kawen. OHNOOOO. tak ada dalam plan lagi. banya benda kena buat. aku kena pikir keluarga aku dulu. baru boleh pikir diri sendiri. aku tak kisah pon kalau ada kawan kawan aku pasang niat nak kawen. sebab lagipon dorang dah ada pilihan sendiri. benda baik kena cepatkan . AMINN naik pelamin nanti kawan aku tu. InsyaAllah. kalau aku. Umo 23 tahun ni tak ada calon lagi. gamaknya raya ni kena tahan telinga pasal kawen la. atau pun kena ada jawapan sesuai untuk orang yang bertanya yang lawak tapi hambar. yeahh kena pikirkan ayat yang sesuai. memang tak pikir lagi la. takot ceq nak pikir. 


dah tahu kan jawapan aku lepas belajar ni apa. haaa. tulah dia. cari duit. doakan aku dipermudahkan urusan oleh-Nya. Insya Allahh. tak sabar nak menghadapi dunia luar yang peuh denga mak nyah. okaay. Babai and Thank You sudi baca. : D

1 comment:

YattAkasah said...

gudluck untuk semua perkara yg awk lakukan :)