Assalamualaikum hai ! 

aku nak kongsi pengalaman macam mana ajar budak 6 tahun mengaji. aku nak ceghite je. tak de niat pun nak menunjuk aku ni ustazah ke apa benda. cerita. okay bermula. 

memula aku pun sebenarnya mengelat jugak ajar adik bongsu aku mengaji. tapi dulu la. bagi meringankan beban parent aku, aku merelakan jiwa untuk mengajar dia. tak susah pun ajar dia. k tipu. sebenarnya banyak cabaran sebenarnya. salah satu nya kalau penunjuk dia pen ke pensel, dia akan try untuk conteng conteng iqra' dia semampu yang boleh. dia tgah lukiskan apa yang ada dalam fikiran dia. dan kalau tivi terbukak dia akan try curi curi tengok. dan bagi aku dua je solutionnya, 

1) tutup jelah tivi. biarpun adik korang atau adik aku memberontak. biar dia belajar sikit ketepikan dunia. hahaha. k

2) biar dia membelakangkan tivi. biar aku sorang je yang boleh tengok tivi.eh, baru cakap pasal dunia tadi. okay ketepikan. 

dan sejak aku cuti sem ni, tanggungjawab mengajar disandang oleh aku. TAHNIAH untuk diri. tapi sebenarnya best apa ajar budak mengaji. serius best! aku ikhlas ni :D 

sebabnya, kau boleh rapat rapat dengan adik bongsu, walaupun ain dan ija seringkali menanti irfan besar untuk merasa anak sulung bergaduh dengan anak bongsu. hahahaha.

okay, kita ketepikan yang itu, 

 memula sekali, mesti la kena baca doa penerang hati. walaupun main main, baca jelah sama sama. biar dia tahu mana panjang mana pendek (cehh, tajwid aku sendiri pun kekadang tunggang langgang. kaka). dan saat kau menanti beberapa minit untuk dia keluarkan apa huruf bersama kasrah fathah dan baris depan. kena tunggu jugak dia kembali mengalunkan alif ba ta sa ja sampai dapat huruf yang sama dengan apa yang dia baca tu. kau biar je . tunggu je. biar dia tangkap sendiri. biar pandai sendiri :') 

kalau dia dengan mak aku kemain memain tau. dengan kakak yang garang lagi baik hati ni, dia boleh senyum lagi la. tapi kau jangann. segarang garang aku, takkan lah sampai tak sayang adik sendiri. mesti la sayang. walau ego membataskan segalanya... jahatnya ego sendiri. hahaaha 

dan, doakan aku jadi kakak yang solehah untuk tujuh tujuh adik akuu....  :') 



k salam untuk semua.












Assalamualaikum,

Hai, semorang yang masih sudi baca blog kita. justnak ucap kat kengkawan dan jugak aku Happy Holiday ! meh kita kuruskan badan time cuti yang tak berapa panjang sangat ni. hahaha

nak kerja memang tak lah. siapa pulak nak jaga budak kecik kat rumah ni. ada aku ,senang sikit nak tengok apa benda yang adik bongsu aku buat time kat rumah. kakaka. #kakyonggengster

dan bila kucing kau try nak memanja ngan kau. ini jadinya..





pepagi memang si bulat ni yang kacau segala kerja aku. tapi kira ttak forever alone la kat rumah kalau ada bulat ni. haha

tapi alkisahnya, si bulat ni pepetang duduk kat beranda depan termenung seseorang. hahaha. baru break up dengan pakwe mungkin. lek luu kumbang bukan sekuntum bulat. ahaha :D




kay, aku tahu tak bermanfaat tapi biar aku mengahalau segala habuk habuk sesawang dalam blog ni. supaya ia tambah segala bintang. dan sebenarnya cuti sem sekarang tak macam cuti. aku tetap ada amanah nak dilakukan kat kolej tuh. *nangis semahu mahunya*

okbye. ;')
\\ Assalamualaikum // 

Hai, nak ucap selamat hari raya Aidiladha untuk semua kaum muslimin yang ada kat mukabumi ni. Hihi... Selamat juga tumbangkan makan lembu kambing unta dan sewaktu dengannya. 

pagi semalam, macam biasa sambut hari raya kat rumah nenda pastu rewang rewang sikit. Sampai je rumah nenek, terus kena potong bawang besar ngan bawang puteh. menangis tak berlagu menghiris satu talam tu. tapi seronok gaya macam kenduri kawin gitu. pastu semalam konon mood raya datang sarung la jubah hitam ngan tudung biasa. sampai sampai je nampak semua sedara sedara pakai baju dengan seluar. pastu nampak hadiah hamper la apa la. "ni sah ada hari keluarga"- dalam hati. tapi gasak je join satu pertandingan pakai jubah. itupun kalah kauu. haha. lagi satu berborak ngan paman rosman pasal isamic banking system. macam macam paman kongsi. tunjuk satu buku ni. syiok tengok bukunya. sekali nak balik tu, tetiba paman hulur buku baru tadi. kiki. rezeki ada kat mana mana. terima kasih paman ! :D


                                                               bestnya kalau selalu macam ni ada hari keluarga  v(^^,)v

pastu buat buat tak ingat ada satu paper jumaat ni. mekaseh la. ahaks 

banyak jugak 'pastu' aku bila baca balik. 
nenda tercinta :D


"elleh, nak menunjuk lettew"


thaqif anak buah baru lahir :D

achik



si pengumpul tegar candy





dah sampai situ je. gambar semabelih lembu aku segan nak snap kekonon malu nak dikatakan jakun sebab tangkap gambar lembu tengah korban. haha

dulu padang nilah tempat aku ngan adik aku kutip dan cari belalang. nak buat pebenda pun tak tahu la masa dedulu. haha. dahla kbabai :D
Assalamualaikum// 

hai sumorang, selamat pagi ! 

sekarang, aku nak hebah cerita pasal anjing comel yang kononnya tengah cari tuan dia. kesian diaa.. tapi kalau kau hayati bebetol wajah anjing tu dari jauh, dah boleh agak. dia sedang sedih dan lapar. aku ni Islam. takkan tak boleh kesian kat haiwan even binatang tu tak boleh nak dipegang, sentuh dan memacam lagi. tapi untuk masa sekarang zaman sekarang, no wonder la ada jugak muslim yang bela anjing jalanan dengan niat nak selamatkan mereka. yang itu aku tak boleh nak komen jejauh sebab aku ni bukan teror nak tafsir hukum. kalau sekadar charity, benda tu memang bagus untuk tunjukkan kepihatinan kita pada haiwan. Kaan?

yang lain Wallahu'alam. 

sebenarnya aku tak sanggup nak halau anjing ni sebab muka baik gila bila pandang aku. and then, bila aku dekat dekat, dia lagi menyorok. kau nampak tak kat situ. siapa takut siapa? hahaha *bangga*. adik bongsu aku pun takut ngan aku. katanya aku garang macam harimau. sebab mak aku kata, kalau aku marah je boleh buat adik bongsu aku cuak plus takut. kalau orang lain marah buat dek bukan main. itu mak kita kata lah, hiks


okay dah salah jalan nak cerita benda lain pulak. 

"harap awak dapat jumpa tuan awak!''. sebab kat leher dia still ada tali lagi. kesiannya goong *nama baru anjing* . tak sanggup nak halau dia. kalau halau pun dia nak gi mana. pergi jugak kat sini. semoga kamu segera ketemu sama tuan kamu, goong ! 

hiduplah awak goong dengan penuh bahagia. semoga . :D 


gambar hiasan -google-
so, tak yah risau nak pegang gambar atas. tak payah samak. kakaka.

ksampai sini je. mekaseh sudi baca pasal doggy ni.

babai :D



\\\ kalau lah kenangan boleh berulang. Semuanya kuasa Allah :D//









Hai,

......




*krik krik*

tak tahu nak post apa. macam macam benda dalam hati, tapi tak boleh percaya sangat kalau nak post kat sini. seriously.. sebab nanti kantoi. haha


so, dengan ini, sila ignore post aku yang ini. sangat tak bermanfaat. sekarang minggu final. dan paper terakhir aku yang ini terlalu panjang gapnya. so, study nye pun lama lagi la gamaknya. pastu kursus kawin lagi. kena paksa kursus kawin. baru na tunggu buat sesama dengan bakal suami la katakannn. hahaa. kbye.

dan bila aku punya blog edit sesikit sebab aku cepat bosan begitu jugak pembaca yang terlalu bosan dengan blog ai. haa. biar ada bintang. kakaw.





aku macam kura kura ni. terperangkap. ceeeh gituu. kdah dah. babai :D
Assalamualaikum,

hai, first sekali aku nak ucap selamat hari raya walaupun aku tahu tak ramai yang akan jawab selamat hari raya aku lepas korang  baca blog ni. k.


bila tiba je bulan syawal. bulan Ramadhan pun dah sampai penghujungnya. sebak jugak rasa sebab bulan Ramadhan la buat kita ni sabar ke tak orangnya. macam aku, aku orang nya kurang sabar. so, lepas ni sesiapa kenal aku kena sabar sikit ngan pangai tak senonoh aku ni. haha



macam biasa,
bila kita salam orang. kita akan cakap " selamat hari raya. maaf zahir batin" tipu kalau tak pernah cakap. membohong. hahaha. k. dan ayat orang sekarang kata. " hari raya je maaf maaf, hari lain buat lagi"-- respon? kay, aku pun pernah buat jahat juga dan aku pun jahat jugak. serius.


 sebenarnya time raya nilah "peluang" untuk kita maafkan orang dan kita minta maaf kat orang. kita pun tak tahu, tetibe ada pangai kita yang tak disenangi orang ramai. dan tak ramai yang gemar ngan apa yang kita buat. tapi ada yang kita tahu tapi buat tak tahu. ada jugak yang tak tahu tapi buat buat tak tahu. so, minta maaf jelah. aku nasihatkan untuk diri aku sendiri jugak.

Dengan itu, 
Salam Aidilfitri pada keluarga, sanak saudara dan kawan kawan yang saya sayangi. Maafkan aku kalau sepanjang aku berblogging ni, aku ada terkasar bahasa. Aku dah terbiasa dengan panggilan aku kau sebab ni cara aku. Kalau yang kakak kakak abang abang baca blog titew. love you. hahaha. K annoying. 

bla dulu. salam.
Makin hari makin tua.

tu je mampu dicakapkan diungkapkan diluahkan. K over gila.//

lupa nak cakap "Assalamualaikum" pada yang sudi membaca blog aku yang sekejap ada sekejap tak ada. bila ada internet best plus mood okay. memang syiok tulis blog.

21.7 haritu hari kelahiran yang keduapolohsatu aku. aku tak nak jadi dewasa. aku tak nak. ehek ehek ehek. *gaya trademark orang menangis cara gedik*. sebabnya banyak sangat benda yang kena pikiaq. tapi semua manusia mesti pernah lalui benda yang sama kan. apa apa jugak la yang kau orang pernag rasa. dalam keluarga ke. kawan ke. kolej ke (bahasa up-nya universiti) hahaha. K. lagi satu. love ke. kawin ke. apa apa pun la.

eh, dah keluar topik.

aku sebenarnya nak cerita. befday aku hari tu best. aku tak banyak dapat hadiah. tapi aku rasa "macam aku kat tengah orang ramai. dan aku memang wujud kat situ. "YESSS!" --" macam tu lah rasanya. hakhak. terima kasih kat housemates kita. korang buat aku rasa macam suwit gituu. kaka. dan terima kasih sangat sangat kat yang sorang tu jugakk ! Mekasehh :D

itu jelah kot. sebab aku dengar bunyi cengkerik. HAHA .

Selamat Berpuasa. Selamat Hari Raya yang bakal datang tak lama lagi :)





Hai//
Nak dijadikan cerita, hari jumaat lepas, aku ada jumpa ex- classmate aku. Sumpah makin keding dia. Hahaha. Dan nak dijadikan cerita jugak. Aku rindu gila gossip groups aku dalam kelas. Part gossip pasal arwah, itu sangat meruntun jiwa. Serius. :'(
Yang penting, aku nak jumpa semua kawan2 aku lagi lagi bbf saya. Yam :))

Hai//

sebenarnya aku baru lepas baca novel asrama yang macam harom gila. elok elok ingat happy ending. tapi jadi confused ending. tapi jalan ceritanya memang best la. boleh kot bagi 2 setengah bintang je. sebab ceritanya macam biasa aku dengar. kira aku  boleh baca sampai 24 jam, kira okay la tu. meh, aku nak cerita pengalaman aku yang tak best ni pulak. haha

asrama.

siapa yang pernah duduk asrama mesti dah biasa dengar "tempat tu keras", "histeria", "tentera tak ada kepala". itu jaman myspace dulu aku dengar la cerita tu. dari aku tingkatan satu duduk asrama memang time tu noob gila. ikut je cakap senior. bagi salam kat senior. kalau tak bagi salam. nanti nama kena panggil time perjumpaan. gila ah. tapi time duduk asrama paling best bila ada ramai kawan. kau pergi sini, kenal. pergi sana, kenal. pastu main badminton, pingpong, bola tampar sesama. pastu main hujan sesama. menyorok bawah tangga. serius rindu zaman tu. 


pasal cerita mistik pulak. dulu. dulu la. time nak exam ada je budak kena histeria. tak sah tak ada. tapi itu dulu la. pastu konon dulu nak sangat tengok benda mistik. konnonnya nak nampak macam mana rupa dorang. sampai aku berdoa sungguh sungguh nak nampak. sekali Allah dah makbulkan. hambik kau. tapi itu la pengalaman yang tak pernah lupa sampai sekarang. 


kau akan rasa gubra bila kau keluar je bilik tetiba nampak benda lintas depan kau. berjalan. dan atas bumbung tandas dan kena tindih dan lain lain. tapi bila dah biasa semua tu. semua jadi ala ala cool. ala ala je la. tapi dalam hati kena baca surah macam macam. banyak cerita nak cerita tapi semuanya macam tersekat sekat nak cerita. 

itu je. malas nak cerita lelebih. cerita sini. sini je. haha

bye//


bila Allah dah bagi nikmat yang melimpah ruah. tapi kau kira itu benda biasa yang sepatutnya perlu ada bila ada usaha. usaha dan terus usaha. tapi sebenarnya kau kena tahu satu perkara.

Syukur.

kekadang orang yang berusaha sehabis baik pun tidak dapat apa yang mereka mahu, inginkan. walaupun sehabis berhajat. dan kau perlu tahu satu perbuatan. yang adanya adalah

Sabar.

sabar tungu. sabar. dan terus kan doa apa yang kau hajat. mungkin ada yang lebh baik bagus dari semua yang kau inginkan sebelum ini. mungkin satu yang kau perlu tunggu adalah.

Masa.

walau lama mana pun. tunggu. Allah itu Maha Adil.



///ini je satu satu yang bagi semangat. walau aku titis air mata. tapi macam mana sekalipun. semua yang aku ilham kat atas. perlu ada. untuk jadi hati lagi kuat.


terima kasih.



HAII /////

17-05-2013 

hari ni hari lahir mak kita yang ke 47. mihmih. terima kasih atas tunjuk ajar mak yang terlalu banyak kalau nak dibandingkan pengorbanan kalau nak cakap. sangat besarrrr. serius. tak tipu. dari aku lahir sampai sekarang dan selamanya. InsyaAllah. mak kita malu letak gambar full. so aku letak gambar separuh je. yang lain aku ngan adik aku conquer. kahkahkah



comel je time tecik tecik dulu. terutamanya aku. Kay. time ni ada dua adik je. sekarang dah ada tujuh adik. hew hew. tak la ramai mana. sikit je. semua pun dah besar besar belaka. dah sekolah dah semua, macam baru semalam je main macam budak budak. main tepi parit. main kereta dash. main katak.main masak masak belakang rumah. omg. rindu gila zaman dulu. zaman yang tak pernah pikir ada masalah. sekarang main tua makin banyak masalah rasanya. *sigh* 

terima kasih mak. jaga yong dari lahir yang tak cukup bulan. mak terpaksa masuk keluar masuk hospital. sabar je dapat anak macam ni. hahaha. first day masuk tadika. dapat tempat duduk. pastu mak pesan memacam pastu mak balik. masa tu rasa nak mengalir air mata sampai dalam hati. "kenapa mak ayah tinggalkan kita sensorang kat sini".. pastu tahan je mata sampai balik rumah. pastu tak jadi nak nangis. esoknya dah ada kawan dah. haha. kat situ, aku belajar. hidup ni mesti berdikari. kalau bergantung kat orang lain je, mungkin sukar untuk kita tempuh cabaran sendirian. ceeeh. ayat ex-jiwang. eh, tak la. kay.

bila my mak masak itu ini itu ini. semuanya sedap. air tangan mak. mestilah sedap. wajib tau. sebab dari baby lagi makan mak masak. sempai jadi begini. 



pastu mood nak melukis bertimbun timbun datang. walaupun aku bukanlah budak art. belajar seni takat darjah tiga je. pastu ciplak pensel dari adik. pemadam pun ciplak. pastu nak kata kertas ciplak pun nak jugak. nak lukis potret mak. tapiiiii ----- tahu tak sama. gambar betol  mak yang potret tak ada. so, main imagine imagine macam tu. IMAGINATION gituw.

so, sukahatilah nak kritik macam mana. aku terima je. sebab aku tahu siapa aku. ceeh.

selamat hari ibu, selamat hari guru, dan selamat hari jadi mak ! sayang mak. tapi lafaz tersimpan. :)

bye//// :)
Hai ///

16 / 05 / 2013 

hari ni, sambutan hari guru. so, silalah beli hadiah untuk cikgu kesayangan anda. hewhew. itu sebab nak jimat duit. kalau beli hadiah untuk semua cikgu. bagi je karipap sorang sebiji ke dua biji ke. simple kan. ikhlas kan.  aku main main je. sebab tengok drama melayu lelebih. haha

disini, saya nak ucap kat cikgu cikgu yang pernah ajar saya. saya tahu cikgu cikgu mana baca blog saya. saya tak pemes macam fatin suhana, fatin liyana, yuyu zulaikha, hanis zalikha dan lain lain. mereka sangat ohsem. serius. k lari tajuk.

aku geledah bilik aku cari photo album. pergh. penat mencari rupanya adik aku simpan album aku tersorok. ish ish. pastu disebabkan laptop aku ni haa windows 8 yang dulunya berlagak dan seronok sangat nak guna. sekali part printer susah nak handle. haa kau. seronok sangat.



hai, cikgu sk jaya setia. terima kasih cikgu sains, matematik, bahasa melayu, muzik, pendidikan islam, pendidikan seni, jasmani, geografi, kemahiran hidup, dan semuanya. :)

saya suka cikgu pendidikan seni . cikgu fatimah dgan cikgu juliana sebab suka subjek lukis lukis. dan sebab cikgu la aku terpilih masuk pertandingan seni anti dadah. kena lukis anti dadah bagai. last last tak menang. haha

tak lupa jugak untuk cikgu cikgu praktikal. sampai boleh jadi kawan. yang paling bestnye. ada sorang cikgu praktikal aku ngan dia macam adik abang la gituw. setiap malam call rumah sampai ustaz tu pindah. sampaikan mak aku dah tahu  ustaz tu selalu call rumah. nasib baik tak kena marah. lulz. tapi itu dulu la. zaman darjah tiga. sebab tulah kot ada sorang kawan perempuan aku ni benci sangat aku berkawan dengan lelaki. k dah meympang cerita.


sebenarnya ramai jasa cikgu sekolah rendah nak taip. tapi tulah tak tertaip. haha. yang penting. doa untuk cikgu cikgu sentiasa ada. TERIMA KASIH CIKGU. :))


sekolah agama menengah jeram. assalamualaikum ustaz dan ustazah! selamat hari guru.

banyak nak kata tapi jasa cikgu semua jadi speechless. terlalu banyak pengorbanan cikgu yang diberi. dari segi keluarga, masa, dan semuanya. dalam family aku pun ramai yang bergelar guru. mak aku cikgu, mak jah ayah a'an, mak usu, cik ita, kak ani, mak jah, arwah wak masrah (al-fatihah), kak teh, kak zu, ramai lagi sampai aku tak leh nak sebut yakni taip. tapi bagi aku, cikgu ni perlukan pengorbanan yang tinggi. kesabaran perlu ada. mak aku memang minat sangat jadi cikgu. sampaikan mak aku dapat tawaran kerja yang lagi bagus pun mak aku tolak. sebab mak aku kata. lagi best kerja cikgu. kesabaran bila mak ayah pelajar lain menghamburkan kemarahan sebab kesalahan anak mereka pada cikgu . tapi cikgu yang kena marah.

alahai.

aku pun tak tahu nak taip apada dah. patutnya aku kena siapkan lunch sekarang. tapi tak start2 lagi. okay. thanks for reading. :)

bye//



Hai///

okay sambung balik. bila dah sampai penang dengan penuh keeksaitednya. kami dan bersama kereta bergerak ke ferry tetibe ada sorang mamat cina kat tengah tengah jalan kat traffic light pulak tu. van dia rosak. yang tak boleh blahnya bila senah tetibe jerit. "Acai buat apa kat situ" rupanya gaya dia, muka dia macam acai sikit. aku rasa dia tak baca kot blog aku ni. kelakar gila. satu kereta gelak tak reti nak berenti.


dari belakang nye je. kalau dari dedepan tak nampak macam classmate aku tu. hihi. harop dia tak baca. harroom. kay sambung lagi cerita pasal ferry. yang atas ni memang tak ada kaitan. maaf.

sebelum naik ferry tu kena bayar RM7.70. tak de la mahal. kira berbaloi la jugak. tapi kalau setiap hari naik ferry memang pokai la jawabnya. tapi memang berbaloi la gua cakap kat lu. ermm ye kot. okay aku malas sebenanrnya nak taip. biar gambar je la yang cite semuanya. K bye.

k.a ka. m.i mi :)

power rangers (sila la gelak)
taman kota lama 


ain :)

nasi goreng ratna. sedap gila !


makanan paling pemes kat sana 

semua ingat makan time ni.

lepas habis makan. pi check-in resort. pastu siap siap gi pantai. AYUH !














pasemboq. ada umphh! haha
okay, siap part ni. ada lagi sebenarnya. InsyaAllah, aku post eh. :)


terima kasih baca, bye/////
Hai//

Ni baca baik baik. mood tengah hambar macam harimau bintang ni. jaga jaga.

aku rasa musim politik cenggini. boleh kot kita luah apa yang terbuku kat hati dan turun ke twitter. aku tengah belajar twit macam tu okeh. kau sokong apa apa? tak perlu tahu kot. ni yang panas ni panas ni. *tarik nafas. hembus*

chill girl. chill.

aku tak nak tulis details. nanti kena penjara. K

nasib baik tengah cuti sem sekarang ni. nasibla sangat baik. wooo. kau nak aku tengok mengamuk macam semalam yang kononya orang blah sebab dengar aku mengamuk sebab bukak pintu besar besar and PERGH !

kay. dah over dah ni. fuhhh. k elok dah. kena tidur ni. bagi saya pil tido pelis. izin izin tak izin. nak jugak.

Kbye///
meh aku cover kan untuk korang :)




Tidak pernah ku rasa

Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman
Oh sayang, datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku
Ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan didalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati
Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga
Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman
Oh sayang, datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatkan padaku
Ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan didalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati




terima kasih sebab sudi kawan ngan aku. Terima kasih sebab sudi terima kelemahan aku dan melengkapkannya. Terima kasih :)

Hai// 


semalam aku ngan 3 orang adik aku pi jenjalan kat pesta buku tu sambil tu shopping buku sambil membeli. rugi la kalau tak beli . diskaun weh diskaunn. walaupun baucer dah habis guna. so, terpaksalah guna duit. tak menyesal pon. hahaha. K 

lagipon aku dah jatuh hati dengan gaya penceritaan novel FIXI. tu yang aku pi cari booth dia. sampai booth lain tak layan. sejak baca novel 'hilang' tu yang rasa mood nak beli sungguh. smpai adik aku yang bawah aku pun nak beli jugak. apa lagi borong la. bukan senang nak dapat 50 hinggit = 3 novel. haha.

ramai kawan aku kat sana. kolej aku la. sekolah menengah aku la. rasa macam tempat tu aku yang punya. ceeeh. pastu dah habis shopping. perut pun dah nyanyi lagu. pastu pi mall sebelah. rupanya dah tak ada orang niaga kat sini. peliks gilos. k aku bukan orang keyyel. so, tu yang aku tak tahu kenapa dia tutop. malas nak lepak lepak. so, balik cecepat. tak de benda pon nak jalan kat sana. 

pastu time tunggu bas macam-macam  aksi kitorang buat. Ter-buat TER TER aksi gwiyomi. Hahaha. 

biar gambar yang berbicara. aku jadi speechless ni. tak tahu nak taip apa lagi. 


(SORRY DORRY, GAMBAR YANG LAIN AKU DAH PADAM. sebab macam gedik. sebab tak secure. tatot ai nanti. jajajaja.) aku ni bukan pemes pon. haaa. hahaha



adik aku yang lagi sorang tu malu sangat nak buat aksi gwiyomi. ngah ngah. :D 

akhir sekali jangan nak muntah muntah eh. peace.

bye///

Hai///

Rajin pulak aku meng-update blog. makin menjadi jadi pulak. aduih.

makin lama makin tak best kan kan kan. Kesah ?


aku tak rujuk pun pada sesiapa. aku rujuk pada diri sendiri. yeaahh. sebab aku sensetip sekarang ni. hahaha. 
dah, jangan nak jaga sangat hati kita. kita tak heran dah. merajuk. K jangan layan. ni menggedik namanya. sumpah nyampah ! 

hai, tadi aku jumpa game android. best gila sampai nak nangis sampai nak emo sampai nak hancurkan henpong. K tak sanggup ai.  


Hardest Game Ever ever and ever !

game ni macam uji berapa pantas otak kita. bukan pantas la tapi tapi lebih kurang macam cepat ke tak kita pikir. macam gitulah. dia macam macam jenis games tapi memang terbaik la game ni. serius tak tipuu.


pastu ada satu slot ni yang tetibe ada math pulak. adohhh. memang la kiranya senang nak mapuih. kau ingat game ni game tadika tok moyang ke. game ni ada la main silap silap mata sikit. main cak cak sikit. hahaaaa kaau. hamekk. sampai sekarang aku tak lepas lepas. lenguh otak oii. haha.

yang kelakarnya ada jugak slot nak pi tandas pon nak tolong dia langkah satu satu. kalau nak try ce donlod. ce ce ce.

sampai sini je. nak isyak dulu. (perlulah bagi tahu?)

Bye\\\\
Hai ///

Materialistic tu sejenis perkataan yang telah dikimiakan oleh sang hati yang cintakan harta dunia. 

K mengarut.

ang boleh google sendiri kot. tak payah nak aku jelaskan terperinci sangat. aku ni bukan sasterawan negara nak define apa apa makna. cakap pon merapu. Haha. aku rasa orang dah tahu kot maksud 'materialistic' walaupun bukan secara specific tapi of course la korang dapat agak kan kan kan. 


tak de kaitan langsung dengan gambar yang kat atas. malas nak membuang banyak masa dengan mencari satu gambar. Harooom. K sambung lagi. maybe ada lagi yang jenis materialistic macam dalam tivi tu. maksud aku. memilih dari segi kawan. pasangan. anak menantu dan macam macam lgi. macam contohla kan. kita nak mencari kawan. kawan tu mesti kaya. ternama. k cliche sangat. 


okay macam nilah. tak payah nak memandang pada harta pulak. memilih tu. bagi aku. kalau Allah nak bagi orang kaya jadi papa kedana pun boleh jadi jugak. ( alah, tak de nye kaau dah jutawan tak de nye jadi papa kedana) -- suara sumbang siapa yang cakap macam tu. Rezeki tu semua dari Allah. misal kata kalau Allah kata benda tu  akan jadi, jadilah ia. melainkan korang berubah. pastu contoh lain pulak bila ada parent yang nakkan bermenantukan orang kaya, anak datin wannabe anak dato, anak sultan, anak anak anak whateva !


aku tak tahu benda ni wujud lagi ke tak. of kos la pemikiran mereka ini harus dicuci dengan clorox. ada jugak aku dengar cerita dari kawan aku. ada sorang perempuan ni dah nak tunang dengan lelaki ni. tapi bila sampai mak lelaki tu pulak, mak pada lelaki tu melarang sungguh. katanya nak menantu orang kelantan ke terengganu ke. at last. perempuan ni tak kawin dengan sesiapa pun sampai sekarang. kesian kan? ada jugak mak yang nak anak dia kawin dengan negeri yang mak dia nak. mohon insap. maybe perempuan tu akan dapat jodoh yang terbaik. Allah bagi apa yang terbaik untuk hamba-Nya. ye tak? 


kenapa mesti materialistic? 

aku rasa loya bila segelintir orang yang teruja berkata berapa tahap harta. Loya aku. sangat !. tolonglah  takperlu kot semua tu. sementara je tu. memang duit tu satu benda yang mesti kita ada. belajar pun kena guna duit. beli barang pun kena guna duit. memang konklusinya duit ni sangat penting pada hidup kita. yess ! 

aku rasa tabik spring sangat kat orang yang tak kisah dengan semua tu walaupun mereka dalam golongan berada. tapi dorang tetap rasa rendah diri. *senyum lebar lebar* 


Kay, aku rasa macam panjang sangat pulak. so, kita berenti la sampai sini. untuk kesempatan. maaf atas kesilapan kalau rasa termakan cili dan pedas dan terasa. ini random. tetiba ada ilham pulak nak cerita pasal ni. maaf ! 


K the end\\\\\
Hai ///

sejujurnya, kali ni first time aku jejakkan kaki ke Pulau Pinang. sebelum ni dengar cite macam tu je. naik feri , pokok pinang la apa la. tapi sekarang, aku merasa sendiri macam mana rasanya bila kaki ada kat sana. Eh ? okay abaikan. ofkos la rasa seronok. lagi lagi bila ayah ngan mak dah bagi green light. aku mana la penah pi jauh jauh travel  (ceeh. travel) ngan kawan kawan. kalau sekadar rombongan diteman cikgu tu tak yah cita la. tu ofkos la parent aku bagi. tapi Alhamdulillah. kali ni boleh la aku bukak mata beso beso. tengok lagi banyak benda yang menarik. Cehhh.


plan travel ni memang dah lama. memula excited gila nak pi. serius excited gila. sampai mandi tak basah. makan tak kenyang. JATUH CINTAK ! K kaitan sangat. macam macam kitorang rancang. nak pi kelantan la. tapi kira ni majority  undi la. so, penang jadi pilihan. lagipun ada orang sana yang nak guide kitorang. so, semuanya jadi mudah! :)

7/04/2013 - Ahad 

lepas asar aku dah gerak dari rumah sebab naik train start pukul 11.00 malam. dengan perasaan teruja dan gumbira yang menguasai seluruh jiwa raga. semua kesusahan diketepikan. agar kita boleh jadi orang tersenyum. K.

abaikan segala yang sedikit puitis tu. kalau rasa nak muntah. jangan muntah depan laptop. masuk kelinik kang. nanti salah cik ilham pulak (IT'S ME!) . bahaha

so maghrib macam tu aku baru sampai KL Sentral.. Ain, Madihah ngan senah dah jadi penjaga kat keyyel sentral dah. dah lamo rasanya dorang kat keyyel sentral. hihi. so, kitorang pun tunggu yang lain gerak sampai keyyel sentral. sampai je keyyel terus merobek burger king. lapar giloss.  bila dah ngap ngap dengan puas. baru la boleh jalan jalan dengan perut senang. so, berkampung la kami dekat keyyel sentarl. disebabkan train kitorang delay jap dah nak dekat setengah jam jugak la. dalam 7 orang tu ada seorang member yang akan duduk seorang diri atau duduk dengan orang tak dikenali. dan orang itu aku. itu sebenarnya yang aku takutkan. dari awal asyik cakap je nak duduk ngan wafa. last last aku yang kena duduk ngan orang lain. hameek kau. berlagak lagi.

bila aku dapat seat seorang sorang. aku berlagak dan berkata " boleh lah aku baring tido sepuas puasnya" berkata aku kepada wafa. last last wafa yang gelakkan aku. haha. rupanya ada orang yang duduk sebelah aku. lelaki pulak tu. aku malas betol. dah la 7 jam kat dalam train. kau tahu 7 jam tur asa macam mana. rasa macam 7 tahun.

K

aku tak nak teruskan babak seterusnya. sebab bila aku ingat balik rasa macam nak tutup muka dengan topeng tebal. serius malu. HAHAHA. K. 

ni ada sikit gambar.

time ni teuja dah sampai. macam harry potter gitu.



artis kau kak jemah. aku PA dia. Bhaha


muka baru bangun tidur. cover sikit. HAhA

Yeahh ! atas ferry eh. dalam ferry. mana mana la janji ferry. 

excited nampak ikan kecik kecik kat dalam laut tu. :)

Lepas dah makan sarapan je kat tepi jalan. kitorang tunggu la member yang tak sampai lagi. then, bila dah settle semuanya. kami berangkat la menaiki ferry. WEEEE ~

K nanti aku sambung lagi. tak banyak gambar time ni. malas nak ambik gambar bebanyak. camera tak cantek. hihi :D

maseh baca blog kita :)


bye/////